[VIDEO]"Ayah, ayah, ayah..."- laungan budak 8 tahun luluh hati warganet

[VIDEO]"Ayah, ayah, ayah..."- laungan budak 8 tahun luluh hati warganet
[VIDEO]"Ayah, ayah, ayah..."- laungan budak 8 tahun luluh hati warganet
A
A
A

HATI mana yang tidak sedih apabila insan tercinta terutamanya ibu bapa pergi buat selama-lamanya.

Apatah lagi apabila kita tidak dapat menyentuh dan membelai jasad insan dicintai buat kali terakhir.

Begitulah yang dilalui seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ini apabila hanya mampu melihat jenazah bapanya dibawa ke tanah perkuburan dari jauh.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook, kanak-kanak lelaki itu beberapa kali memanggil ‘ayah’ sewaktu petugas kesihatan sedang membawa jenazah itu ke liang lahad.

Difahamkan bapanya meninggal dunia akibat Covid-19 dan semua ahli keluarga tidak dibenarkan mengiringi

jenazah hingga ke kawasan tanah perkuburan.

Lebih menyayat hati apabila kanak-kanak tersebut kelihatan sangat tabah dan setia melambai dari jauh sambil memanggil "ayah, ayah, ayah...".

Bagaimanapun, lokasi dan tarikh sebenar klip video berdurasi 41 saat tidak dapat dipastikan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Anak lelaki besar tanggungjawab menanti, ini perkara biasanya mereka perhati si bapa

Ternyata perkongsian tersebut meluluhkan hati orang ramai yang seolah dapat merasai perasaan yang sedang

dilaluinya.

Rata-rata warganet telah meninggalkan kata-kata semangat buat anak kecil itu dengan dugaan kehilangan bapa

tercinta.

Coret mereka;

"Harap bila besar adik akan jadi anak yang soleh, doa anak yang soleh dapat membantu ayah adik ke alam

barzakh, moga adik dirahmati ALLAH."

"Sedihnya... takziah buat ahli keluarga. Semoga mereka tabah hadapi khilangan orang tersayang."

"Semoga semua yang kehilangan orang tersayang kuat melalui detik paling sedih dalam kehidupan."

"Sebak rasanya, kuatkan semangat adik jadi anak yang soleh banggakan arwah. Al-Fatihah".

"Dalam kesedihan, ada kebahagiaan akan datang suatu masa nanti".

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca