[VIDEO]Bekas pramugara selamatkan anak anjing daripada hanyut

[VIDEO]Bekas pramugara selamatkan anak anjing daripada hanyut
[VIDEO]Bekas pramugara selamatkan anak anjing daripada hanyut
A
A
A

TINDAKAN pantas seorang pemuda dipuji ramai apabila dia berjaya menyelamatkan nyawa seekor anak anjing yang hampir lemas di dalam longkang.

Pemuda yang dikenali sebagai Arif itu bertindak pantas mengambil penyodok sampah sebagai alatan bantuan untuk membawa naik anak anjing tersebut yang kebetulan berhampiran dengan kedainya.

Melalui perkongsiannya di Instagram @arif_fiego, video yang dirakam isterinya itu menunjukkan seekor ibu anjing hanya mampu melihat anaknya di dalam parit.

Katanya, sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran dan perasaan sayangkan haiwan memang dia terus berlari mencari benda yang boleh angkut puppy tu keluar.

Artikel berkaitan: [VIDEO]Sayunya… Laungan azan mengiringi petugas frontliner ke Sabah

Walaupun misi menyelamat itu agak sukar kerana parit itu agak tinggi, Arif tetap berusaha keras supaya anak anjing itu tidak mati lemas disebabkan arus yang deras.

Selain itu, Arif turut berkongsi mengapa dia tidak terus turun ke dalam parit itu kerana bagi mereka cara itu lebih mudah dan pantas.

"Saya mesti mengambil kira keselamatan saya. Parit tu nampak mata kasar ia cetek tapi sebenarnya dah diselaputi lumut yang tebal dan licin. Mungkin juga ada objek tajam yang membahayakan.

"Sekiranya saya lompat mungkin saya akan tergelincir yang boleh menyebabkan kecederaan," tulisnya.

Rata-rata warganet memuji Arif yang juga dikatakan bekas pramugara iu kerana memiliki hati yang mulia.

Kata mereka;

zanaziana88 - Allah hadirkan kamu sebagai penyelamat. Kejadian ini dirakam agar boleh jadi iktibar dan pengajaran baik kepada anak muda yang dekat dengan media sosial. Semoga Allah balas kebaikan kamu sekeluarga dengan rahmatNya.

vslperak.wnjulie - Salute you bro. Alhamdulillah!

sheerawho - Semoga awak murah rezeki dan dipermudahkn segala urusan.

haira_hani - Akak yang nangis dulu dik... takut kalau puppy tu tak dapat diselamatkan. Walaupun hanya seekor anak anjing, dalam keadaan ini nyawanya sangat berharga. Tahniah dik, mulianya hatimu.

syh.ikml_ - Indahnya dunia jika semua mempunyai sifat ihsan seperti kamu, semoga dipermudahkan urusan.

thestellavee - It was a great job! I watched and I only felt that it was truly heartwarming.

nurul_akmar - Moga Allah membalas kebaikan dan melimpahkan rezeki yang tak pernah putus seperti air zam zam yg mengalir buat tuan sekeluarga.

rianialya_danirahmani1578 - Semoga Allah akan memberimu rezeki yang tiada kesudahan wlaupun pada msa ini awak sangat memerlukan bantuan pekerjaan. Allah maha adil dan banyakkan berdoa dan berkat dari awak selamatkan haiwan tersebut, kita tak tahu dia juga berdoa untuk kita.

 

View this post on Instagram

 

23 Oct 2020, 5.30pm: Ternampak ibu anjing ni di tepi parit dengan suara yang sedih n sayu. Bila tengok dalam parit rupanya ada anak dia yang baru lahir. Sebab mata pun belum celik lagi. Sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran dan perasaan sayangkan haiwan memang saya terus berlari cari benda yang boleh angkut puppy tu keluar. Nasib baik la kitchen @kantin_pramugara dekat untuk ambil penyodok sampah tu. Dalam prinsip seorang anak kapal pun, kami sememangnya sudah dilatih untuk sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Walaupun saya tak dapat aplikasikan di atas awan, tapi sekurang²nya saya dapat lakukannya di darat dan menyelamatkan nyawa puppy yang hampir lemas ? Disclaimer: Saya ada terbaca komen n ada nitizen yang marah kenapa yang ambil video tapi tak selamatkan? • Sementara saya ambil penyodok n glove, isteri saya perlu tunggu n pantau puppy. Sebab air parit tu besar n puppy tu pulak kecik. Mungkin hilang dari pandangan mata. Kenapa saya tak lompat ambil je puppy tu? • Saya mesti mengambil kira keselamatan saya. Parit tu nampak mata kasar ianya cetek tapi sebenarnya dah diselaputi lumut yang tebal n licin. Mungkin juga ada objek tajam yang membahayakan. • Sekiranya saya lompat mungkin saya akan tergelincir yang boleh menyebabkan kecederaan. Puppy pun tak dapat saya selamatkan. • Tempat kejadian sangat dekat dengan central kitchen saya, jadi saya ambil penyodok dan glove kurang dari 1 minit.

A post shared by arif fiego™ ✈️ (@arif_fiego) on

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca