[VIDEO]Fenomena pemuda menari di lampu isyarat curi perhatian. Raih 5 juta tontonan

A
A
A

TIDAK dinafikan aplikasi TikTok merupakan platform perkongsian video popular yang membolehkan

pengguna membuat dan memuat naik video pendek.

Sesetengah orang hanya mengaitkan aplikasi itu sekadar menari dan seksi namun pelbagai video menarik

turut dikongsi penggunanya yang kreatif dan sudah tentu boleh memberi pelbagai manfaat kepada orang

lain.

Terbaharu, seorang pemuda tiba-tiba menjadi fenomena gara-gara bergoyang di atas motor di lampu

isyarat.

Gelagatnya menari sambil menyanyi itu menjadi tumpuan ramai apabila ia dimuat naik oleh pengguna

dikenali @ayah_amin.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sehingga kini video berdurasi 13 saat itu telah mendapat lebih 5 juta tontonan dan hampir 500,000

tanda suka.

Jika korang seorang pengguna TikTok, pasti video tersebut juga melalui fyp kan?

Menerusi video berkenaan, pemuda tersebut yang membonceng kawan sedang berhenti di sebuah lampu

isyarat dipercayai di Pulau Pinang.

Apa yang mencuri perhatian apabila pemuda itu dengan spontan menyanyi, menari dan menggoyangkan

kepalanya sebaik saja dia mendengar lagu Janji Palsu yang dipasang oleh kereta di sebelah.

[VIDEO]Fenomena pemuda menari di lampu isyarat curi perhatian. Raih 5 juta tontonan

Difahamkan, aksinya itu dirakam oleh pemilik kereta tersebut.

Menjengah ruangan komen rata-rata warga maya terhibur dengan aksi spontan berkenaan dan ramai juga

yang 'cair' melihat wajah hitam manisnya.

Ujar mereka;

"Haih! Aku je ke yang ulang-ulang sebab nak tengok gerak mulut lelaki depan tu. Manis jer."

"Hampir 20 kali ulang sebab tengok dorang berdua ni lagi-lagi yang depan. Aku perhati je mulut dia."

Baca juga [VIDEO] Gara-gara abaikan makan ubat cacing, gadis ini dedah hampir buta pada usia 17 tahun

"Lelaki kulit gelap is awesome lah!"

"Nampak tak kat sini, lelaki lucu dan sporting lagi menghiburkan."

"Haha mesti ramai yang minat depan tu, jelingannya mahal. Hitam-hitam setampuk manis."

@ayah_amin##fypdoang

♬ original sound - Ayah_abdi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca