KORANG mesti pernah terserempak dengan frasa ‘double parking’ kan.

Ia adalah suatu cara letak kereta yang biasa digunakan di Malaysia, terutamanya di kalangan orang yang malas nak cari parking.

Mesti ramai orang yang berpendapat tentang cara letak kereta yang tak bertimbang rasa ini dan selalunya orang akan berpendapat negatif tentang isu ini.

Kadang kala ada pemandu yang hanya ingin ikut mudah diri sendiri sehingga menyebabkan kesusahan kepada orang lain.

Ada juga double park sehingga menyebabkan kereta lain tidak boleh keluar dan menyempitkan laluan sehingga kenderaan besar tidak boleh lalu.

Seperti yang terjadi dengan perkongsian seorang pengguna Twitter @horrishit ini.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan sebuah bas tersekat kerana beberapa pemilik kenderaan meletakkan kereta mereka di tepi kiri kanan jalan sehingga laluan menjadi sempit.

Dalam video TikTok yang dikongsikan semula itu, bas tersebut membunyikan hon yang panjang bagi memanggil pemilik-pemilik kenderaan mengalihkan kereta mereka.

Kelihatan juga beberapa orang awam yang ada di situ cuba untuk mengalihkan sebuah kereta namun tidak berjaya.

[VIDEO]"Gores dan menang ke tu?" - Ramai puas hati tengok kereta parking halang laluan bas

Iklan

Namun apabila tiada siapa yang datang, akhirnya bas tersebut terpaksa meneruskan perjalanan dengan menghimpit kereta-kereta yang ada di tepi jalan berkenaan.

“Bila bas Rapid nak lalu tapi kena blok dengan kereta tepi jalan. See what happen next!

“Gores dan menang ke tu? Salam takziah…” tulis pemilik asal video berkenaan.

Menjengah ruang komen, rata-rata puas hati melihat kereta digores bas tersebut.

@MarcellusRayyan – Orang senang-senang parking camtu bas nak lalu pun tak boleh. Ada kala tengok cermin kereta patahla, tercabutla. Tak serik-serik.

@Lavender010101 – Malaysian is such an insensitive mother parker. Double park satu hal, jalan kecik pon diorang park macam tu. This must not be a one time event.

@IkhmalKhairudin – Dua kali gores dan menang gamaknyaa.

Baca juga Selepas 23 tahun melalui pemindahan hati, Afiq Ikmal meninggal dunia

Iklan

@Farreddie – Yup , orang yang letak kereta kat tengah-tengah jalan macam ni sampai halang bas lalu adalah menjahanamkan hak-hak jalan, tak ada adab di atas jalan.

@delangj – Memang hari-hari bas tak lepas. start jadi bila diorang start buat divider kat tengah tu, sebelum ni tak penah ada isu bas sangkut.