[VIDEO]Ibu pulang mengejut buat 4 anak mengalir air mata bikin ramai sebak

03
03
A
A
A

BERPISAH antara ibu bapa dengan anak walaupun seketika tetap mengundang kesedihan dan kerinduan mendalam.

Apatah lagi, jika tempoh yang agak lama. Pastinya terpendam semua perasaan rindu dan kasih sayang.

Begitulah situasi dilalui seorang wanita, ibu kepada lima cahaya mata yang terpaksa berpisah dengan anak-anak akibat pandemik Covid-19.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi perkongsian sebuah video di aplikasi TikTok miliknya, dia merakam dan memuat naik detik pertemuan bersama anak-anak setelah dua tahun tidak berjumpa.

Kepulangan ibu itu sengaja dirahsiakan demi memberi kejutan kepada empat anak terbabit setelah dua tahun memendam rindu.

Apa yang menyentuh jiwa ramai apabila suara mendayu panggilan si anak memanggil 'mak' dan dengan pantas bertindak berlari memeluk ibunya.

Ujarnya di ruangan kapsyen, selepas dua tahun baru ada peluang berjumpa anak-anak.

Anak lambat bercakap, doktor ini kongsi apa ibu bapa perlu buat

Katanya lanjut, dia juga terpaksa batalkan kontrak kerja di Brunei kerana rindu yang tidak dapat ditahan lagi.

"Bersatu kami semula akhirnya terlerai rindu. Rindu itu sangat menyakitkan," ujarnya.

Situasi tersebut meruntum hati ramai warga maya yang menontonnya. Rata-rata mendoakan yang terbaik di atas pengorbanannya yang berhenti kerja di luar negara demi anak-anak.

Ujar mereka;

"Saya pun sebak, dua tahun bukan tempoh yang singkat. Semuanya perlukan pengorbanan."

"Anak-anak adalah harta yang paling berharga. Aduhai aku pula yang sedih."

"Saya yang jauh selama enam bulan pun terasa perit sangat-sangat. Tak nak dah berjauhan lagi dengan anak-anak."

Baca juga “Tolong doakan Fatimah…” Sukar bernafas, oksigen menurun, doktor sahkan jangkitan kuman

"Semoga terus bahagia bersama anak-anak, menitis air mata tak mampu melihat."

"Duit boleh cari tapi kasih sayang kekeluargaan itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit."

Sumber: TikTok Wahida Hambali

@wahidahambaliSelepas 2 tahun baru ada peluang berjumpa anak2. Terpaksa batalkan kontrak kerja di Brunei kerana rindu yang tidak dpt ditahan lagi. ##covid19

♬ original sound - MieyKicap Xgaming

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca