TERENGGANU, bukan sahaja negeri yang cantik malah budaya pun menarik, tambah lagi orangnya juga baik-baik.

Ya, itu pepatah yang digunakan untuk menggambarkan negeri yang terkenal dengan hasil batiknya yang cantik.

Bukan setakat hasil seni sahaja, malah, makanan trending di Terengganu juga sering menjadi buruan para pelancong seperti keropok lekor, ikan, udang dan sotong celup tepung.

Terengganu juga memiliki beberapa buah pulau yang cantik memandangkan lokasinya terletak di Laut China Selatan.

Baca juga [VIDEO] Kanak-kanak belikan selipar untuk lelaki tua, warganet bangga hasil didikan ibu bapa

Drawbridge Terengganu

Maka tidak hairanlah, jika negeri tersebut menjadi tempat tumpuan ketika hari cuti dan perayaan.

Seperti baru-baru ini tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan anak muda dan seorang mak cik sedang bertungkus-lumus membungkus dan mengagih air.

Apa yang menjadi perhatian ramai apabila mereka dikatakan menagihkan air tersebut secara percuma kepada pengguna jalan raya yang sedang dalam keadaan trafik yang sesak.

Mereka dilihat sangat gigih membahagikan air kepada pemandu yang terlibat kesesakan di kawasan berkenaan.

Video tersebut mendapat pujian ramai. Ada yang mengakui kebanyakan warga Terengganu sememangnya baik-baik.

Ujar mereka;

“Kreatif dalam berbuat baik… Tahniah bakal ahli Syurga… amin.”

“Terima kasih orang Ganu sebab bagi kami minum masa jem, sejuk hati boh.”

Iklan

“Orang Terengganu memang baik-baik, baiknya hati orang Pantai Timur.”

“Macam-macam cara kita boleh bersedekah… Semoga murah rezeki.”

“Layanan terbaik memang menang dekat orang Ganu, patutla umi suruh cari menantu Ganu.”

“Alhamdulillah… Semoga mak cik sekeluarga dimurahkan rezeki.”

Iklan
@muiithehappy Yang sempat lagi mintak nombor tu tak tahan tu #fyp #ganukite #raya #raya2022 #trafficjam ♬ original sound – muiithehappy

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI