KES kemalangan melibatkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi di negara kita.

Semalam, satu lagi video tular yang menunjukkan sebuah kereta telah melanggar seorang penunggang motosikal dalam keadaaan jalan raya yang lengang.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama eddo, @edrieanaarissa, menunjukkan sebuah kereta bewarna putih tiba-tiba kelihatan hilang kawalan dan merempuh motosikal tersebut yang berada di kiri jalan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di lebuh raya Sungai Besi, semalam.

Difahamkan, penunggang motosikal itu merupakan seorang ‘rider’ penghantar makanan dan dalam keadaaan tidak sedarkan diri setelah dirempuh.

Namun terkini, perkongsian oleh Najmi Latíf @najmiabdlatif ‘replying’ to @edrieanaarissa – “Al-Fatihah untuk sepupu saya iaitu mangsa di dalam video berkenaan telah meninggal dunia (baru dapat kesahihan).”

Hasil pemerhatian di laman Facebook, perkara itu turut disahkan oleh ibu mangsa @Akilla Akmar melalui perkongsian pada jam 3.01 pagi tadi.

“Asalamualaikum sahabat semua. Inalilahiwainailahirojiun. Anak sulung saya, Zhafari Bukhori baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat kemalangan jalan raya. Mohon sedekahkan alfatihah untuk beliau,” tulisnya.

Kongsi @edrieanaarissa lagi, pemandu itu kelihatan seperti tidak bersalah.

“Yang aku paling tak boleh masuk akal, pemandu ni langgar takda rasa bersalah langsung siap panggil dua orang rakan dia untuk ‘backup’ dia. Rider ni dah 50-50 doakan dia guys (ketika itu).

“Sebab takut dipukul, dia panggil kawan. Kitorang tahu dia mabuk pun sebab husband pergi bau mulut dia. Kuat bau arak. Nasib ambulans and polis datang cepat,” tulisnya.

Perkongsian video itu telah meraih 6900 ribu retweet sehingga kini dan 4100 likes.

Baca juga [VIDEO]”Kito anok mudo marilah tolong beli air tebu ayoh”

Iklan

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet berang dan meminta agar dikenakan hukuman yang setimpal terhadap pemandu mabuk.

Runner KL sempena pkp – Tolongla beratkan lagi hukuman untuk pemabuk. Nak berapa ramai lagi kena langgar.

Apollo – Gantung sampai mati mandatori je cara dia. Naikkan denda tak jalan juga.

Azraei – Nampaknya nak kawal orang dari mengambil alcohol dgn ketatkan lagi penjualan arak tidak berkesan. Arak ni memang punca segala. Mmg patut tak payah jual langsung.

CoronaNiesh – Macam ni lah I kena langgar dengan pemabuk, langgar lari kat Federal. I nampak dia ke tepi macam ni tapi tak sempat elak sebab dia laju dan jadi sekelip mata. Sedar-sedar kat ED dah. Hasil yang I dapat, kaki patah.

@anaqin – If ada accident yang parah macam ni, tolong jangan sesuka hati angkat mangsa kemalangan. Tunggu medic sampai unless mangsa dalam situasi yang merbahaya seperti kereta yang dah nak terbakar.

Sumber: Edrieanaarissa

Iklan