Diiktiraf 100 Most Influential Young Entrepreneurs, Puteri Sarah Liyana kongsi kepayahan – ‘Ada waktu nak mengalah, air mata orang tak nampak’

No Image Caption
A
A
A

SIAPA sangka, rasa suka terhadap satu produk penjagaan kulit boleh menjadi titik permulaan kepada perjalanan membina empayar kecantikan sendiri?

Bagi Puteri Sarah Liyana, semuanya bermula selepas mencuba cleansing balm yang membuatkan dirinya jatuh cinta. Daripada pengalaman itu, tercetus idea untuk menghasilkan jenama sendiri yang menawarkan produk berkualiti pada harga berpatutan, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai wanita menikmati rutin penjagaan diri tanpa perlu berbelanja besar.

Apa yang pada awalnya sekadar idea kini berkembang menjadi sesuatu yang jauh lebih besar. Jenama Lumier yang dibangunkan bersama rakan kongsi perniagaannya kini menembusi pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei, malah memiliki kilang pembuatan sendiri di Sungai Petani.

Perjalanan itu turut membawa Sarah meraih pengiktirafan sebagai antara 100 Most Influential Young Entrepreneurs, satu pencapaian yang tidak pernah terbayang dalam fikirannya ketika mula melangkah ke dunia perniagaan.

Menerusi perkongsian di media sosial, pelakon itu mengakui masih keletihan selepas pulang dari China, namun perasaan teruja dan gementar mengiringi dirinya menjelang acara istimewa tersebut.

No Image Caption

“Honestly, never in my wildest dreams did I imagine that one day I would receive an award as one of the 100 Most Influential Young Entrepreneurs,” luahnya.

Bagi pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana binti Megat Kamaruddin, kejayaan itu bukan sekadar tentang trofi atau pengiktirafan, tetapi perjalanan panjang yang mengajarnya banyak perkara mengenai kehidupan, kepercayaan dan kekuatan diri.

Minat dalam bidang perniagaan sebenarnya sudah lama ada, cuma ketika itu ibu kepada sepasang cahaya mata tersebut belum mempunyai pasukan yang dapat membantu merealisasikan impiannya.

No Image Caption

Pertemuan dengan rakan kongsi yang berkongsi visi, misi dan semangat sama menjadi antara turning point dalam perjalanan tersebut. Mereka mula membina Lumier dengan hanya tiga produk sebelum perlahan-lahan mengembangkan perniagaan ke pasaran lebih luas.

Namun, perjalanan membina jenama sendiri bukan semudah yang dilihat di media sosial. pelakon drama Hijrah Jannah itu mengakui ada hari-hari yang terlalu memenatkan, saat dirinya hampir berputus asa, selain air mata dan kerisauan yang terpaksa disimpan sendiri.

“Bukan perjalanan yang mudah. Ada hari yang terlalu penat, ada waktu rasa nak mengalah, ada air mata yang orang tak nampak. Banyak pengorbanan, cabaran dan malam-malam yang penuh dengan kerisauan,” tulisnya.

No Image Caption

Justeru, apabila melihat Lumier berkembang seperti hari ini, segala penat lelah yang dilalui terasa berbaloi. Daripada sebuah idea kecil, jenama itu kini mempunyai rangkaian pasaran tersendiri dan kilang pembuatan sendiri, sesuatu yang pastinya menjadi kebanggaan buat Sarah serta seluruh pasukannya.

Menariknya, kejayaan dalam perniagaan tidak membuatkan Sarah berhenti mencari ruang untuk memperbaiki diri. Dia turut mengambil keputusan menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang perniagaan kerana percaya proses belajar tidak seharusnya terhenti apabila seseorang mula mencapai kejayaan.

“Because I believe success is not just about how far we have come, but how much more we are willing to learn and grow,” katanya.

Dalam kesibukan mengurus perniagaan, Sarah turut mengingatkan dirinya tentang perkara yang mahu ditanam dalam diri anak-anak, iaitu keberanian untuk memulakan sesuatu walaupun kecil dan tidak takut mengejar impian.

No Image Caption

Buat Sarah, kejayaan hari ini bukan miliknya seorang. Penghargaan turut diberikan kepada pasukan di Malaysia dan Indonesia, pengurus, keluarga, sahabat, penyokong serta seluruh komuniti Lumier yang sentiasa percaya terhadap perjalanan tersebut.

“Never be afraid to start small. Your dreams are worth fighting for,” titipnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang