[VIDEO]'Pepagi buat orang nangis'- Jururawat pulang tanah air undang sebak

02
02
A
A
A

DEK kerana rakyat Malaysia yang sangat bertanggungjawab terhadap pengambilan vaksin Covid-19, kini kita dapat hidup lebih sempurna dengan kelonggaran merentas negeri ke mana sahaja.

Alhamdulillah, kita juga sudah boleh melawat ibu bapa dan keluarga di kampung halaman, ziarah menziarahi serta melancong ke mana sahaja di samping mengamalkan SOP yang ditetapkan.

Syukur! Satu keriangan yang tidak dapat diungkapkan apabila dapat kembali bersua dengan keluarga tersayang.

Begitu juga situasi yang dilalui seorang jururawat ini yang akhirnya pulang ke tanah air selepas dua tahun di bumi orang.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi perkongsian sebuah video di Twitter miliknya, dia yang juga petugas barisan hadapan di Singapura sangat bersyukur berpeluang berjumpa keluarga dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin! Kerana anda, saya dapat pulang ke kampung," coretnya pada kapsyen video tersebut.

Ujarnya lagi, dia berasa sangat teruja dan gembira namun apa yang membuatkan warga maya sebak apabila dia kelihatan menitiskan air mata ketika sedang menikmati muffin dalam penerbangannya.

"Tiba-tiba saya teringat perjuangan saya dalam dua tahun seorang diri tanpa keluarga.

"Berdepan dengan pandemik sebagai seorang petugas barisan hadapan sangat tidak mudah.

"Hanya macam tidak percaya saya akhirnya pulang selepas semuanya ini," ujarnya.

Risiko dijangkiti Covid-19 ketika dalam pesawat penerbangan adalah rendah - Kajian

Jururawat tersebut kini sedang kuarantin sebelum dapat berjumpa insan tercinta di Miri, Sarawak.

Situasi itu ternyata mengundang sebak warganet yang rata-rata memahami perasaannya.

Ujar mereka;

"We don't know each other, but your video always in my fyp. Currently cry a lot when saw this video. Sobsob. Welcome home sis."

"Welcome home. Taknak nangis tapi dah ternangis."

"Breaks my heart to see you cry cause I’m in the same boat as you as well, just the difference is I’m in Johor. Enjoy your quarantine and me time!

Baca juga Suami isteri marah pengawal keselamatan kerana tak bantu jagakan anak raih perhatian warganet

"Pepagi dah buat orang menangis. Thanks a million for the sacrifice and welcome home."

"Ouhhhhb so touching. Selamat pulang tanah air."

"Daaaang! I got emotional watching your video."

Sehingga kini perkongsian video berkenaan di Twitter mendapat lebih 10,000 tanda suka dan hampir 5,000 shares sementara hampir 700,000 tontonan di aplikasi TikTok miliknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca