BERMACAM-MACAM ragam orang ramai dapat dilihat ketika mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Ada kisah melucukan, tak kurang juga yang mengharukan.

Seperti sebelum ini, ‘hantu’ berambut panjang, gigi taring menyeramkan yang ditampal pada pelitup muka termasuk baju berlumuran darah menjelma di PPV Mini Putrajaya, Kota Kinabalu, Sabah.

Namun kali ini lain pula kejadiaannya di PPV Dewan Meranti 2, Seksyen U20 Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Dewan tersebut menjadi gamat apabila munculnya ‘pocong’ yang hadir untuk mendapatkan dos vaksin.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok @pwettygerl, individu yang menyarungkan kostum pocong tersebut tampak teruja dan bersemangat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bukan itu sahaja, dia juga kelihatan bersungguh-sungguh melompat-lompat untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi video tersebut, pocong berkenaan pada mulanya dibawa dengan kerusi roda yang ditolak anggota Rela yang disangka orang kurang upaya (OKU).

Namun tidak lama selepas itu, pocong tersebut dilihat bangun dan terus melompat-lompat untuk masuk ke dalam PPV berkenaan.

[VIDEO]'Pocong pun takut Covid-19', aksi lompat naik tangga di PPV curi tumpuan

Aksinya itu telah mengejutkan dan menarik perhatian orang ramai di sekeliling dewan malah, dia juga kelihatan gigih melompat semasa menaiki tangga.

Iklan

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warga maya turut terhibur melihat video tersebut.

Ujar mereka;

“Mesti sudah training ni… lompat bukan sebarang lompat tu.”

“Jangan main-main, pocong pun takut Covid-19.”

Baca juga Mulianya hatimu guru, sanggup cipta alat bolehkan pelajar OKU penglihatan berlari

“Biasanya lompat ke atas tak kisah, yang risaunya macam mana dia nak lompat turun tangga.”

“Otot kaki dia memang kuat. Penat oi nak lompat lama-lama.”

“Macam mana nak cucuk vaksin kena buka ikatan tu ke?”

Aduhai, macam-macam ragam! Apapun, bagi yang belum mendapat giliran slot janji temu diharapkan bersabar ya. #staysafe.

Iklan
@pwettygerlReply to @j_jmutluk Nasib baik ppv buka siang je 🤧##ppv ##ppvdewanmeranti2 ##fyp♬ original sound – NIS

@pwettygerlReply to @j_jmutluk Nasib baik ppv buka siang je 🤧##ppv ##ppvdewanmeranti2 ##fyp♬ original sound – NIS