[VIDEO]Pondok buruk di celah semak, Ebit Lew terus hulur bantuan

A
A
A

"SAYUNYA hati. Tadi kami ke Kajang, Selangor."

Demikian luah pendakwah terkenal, Ebit Lew ketika menziarahi sepasang suami isteri dengan dua orang anak

remaja yang sudah enam bulan tinggal dalam pondok buruk di celah semak sebelah laluan kereta api di Kajang.

"Kasihan mereka. Mak dan adiknya telah pergi menumpang di rumah saudara. Ujian mereka. Ayah bekas askar. Anak lelakinya 18 tahun kerja kutip sampah.

"Rajin orangnya. Tiada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), last belajar darjah enam. Saya tengok ic (kad Pengenalan). Alamat Kajang.

"Menangis melihat keadaan adik ni. Saya minta team ambil mak dan adiknya. Supaya semua dapat duduk semula kembali. Saya carikan rumah sewa untuk mereka.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

[VIDEO]Pondok buruk di celah semak, Ebit Lew terus hulur bantuan

"Insya-ALLAH kita akan bayar sewa bulannya sehingga mereka boleh berdikari sendiri. Syukur dapat cari rumah yang selesa berdekatan kilang cermin. Adik ni nak buat part time di situ," kongsi beliau dilaman sosial miliknya.

Beliau berkata, remaja berkenaan menangis gembira dan masih muda untuk dapat beri kehidupan baru buat

keluarga.

"Kata saya, dulu saya tiada duit, keluarga saya susah. Sekarang ALLAH beri rezeki lebih sikit pada saya tapi

mak ayah saya dah tiada.

"Adik syukur muda-muda kerana rajin ALLAH takdirkan kita berjumpa di sini. Adik tadi nak belajar solat dan lain-lain.

"Insya-ALLAH kami akan membantu. Doakan buat keluarga ini. Semoga Allah bantu mudahkan. Terima kasih semua masyarakat, badan kerajaan dan bukan. Terima kasih masjid dan Pusat Zakat. Terima kasih semua.

[VIDEO]Pondok buruk di celah semak, Ebit Lew terus hulur bantuan

"Terima kasih yang bersama usaha ini. Terima kasih jiran masyarakat prihatin. Terima kasih semua. Kami cuma debu dan baru merangkak dalam usaha yang besar ini. Dengan pertolongan ALLAH juga.

Baca juga [VIDEO] Terhidu bau busuk, rupanya jiran sebelah meninggal sendirian

"Tiada daya upaya melainkan pertolongan ALLAH. Terima kasih semua masyarakat Malaysia tanpa kira agama bangsa dan negara," katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca