[VIDEO]"Sampai masa kena pergi sembahyang"- Usahawan berbangsa Cina di Kelantan

[VIDEO]"Sampai masa kena pergi sembahyang"- Usahawan berbangsa Cina di Kelantan
[VIDEO]"Sampai masa kena pergi sembahyang"- Usahawan berbangsa Cina di Kelantan
A
A
A

BARANG siapa mudahkan urusan orang lain maka Allah akan permudahkan urusannya ketika hidup terutama dalam hal kebajikan.

Seperti itulah yang terjadi kepada seorang usahawan di Kelantan.

Baru-baru ini, sebuah video perkongsian Facebook Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan menjadi perhatian ramai apabila pengusaha Minyak Masak 303, Gan Leong Piow, 72, dan berbangsa Tionghua telah berkongsi kisah kejayaannya membangunkan perniagaan minyak masak.

Menerusi video Wawancara Khas itu, beliau turut mendedahkan bagaimana pekerja di kilangnya yang majoriti beragama Islam diberi penghormatan dan mendapat layanan istimewa.

Beliau yang mula berniaga sejak 1978 berkata, syarikatnya bermula dengan 100 orang pekerja.

Selain itu, beliau turut mengatakan, hanya kaum Melayu kerja dengannya, orang luar tidak diterima.

"Setiap tahun kita lakukan sembahyang hajat. You tak akan percaya? setiap tahun buat sembahyang hajat di sini, Yes! Why not?

"I’m a Chinese but i believe in God (saya berbangsa Cina tetapi saya percaya kepada Tuhan), agama itu penting.

"Saya buat tempat diorang solat untuk lelaki dan perempuan. Sampai masa kena pergi sembahyang," katanya yang menjawab soalan daripada Penolong Pengarah Penerangan Kelantan, Foo Min Li.

Baca juga Wanita Malaysia, Jocelyn Yow menjadi datuk bandar termuda dalam sejarah California

Temu bual itu mula mencuri tumpuan dengan penjelasan Gan yang menekankan kepentingan agama dan sembahyang dalam kalangan pekerja.

"Sembahyang adalah perkara paling mustahak dalam kehidupan setiap manusia.

"Tak boleh, tak boleh tinggal. Sembahyang paling mustahak, yIslamou kena pergi sembahyang.

"Sembahyang itu wajib. Kalau kita hidup without God we are nothing (kalau hidup tanpa tuhan kita bukan apa-apa)," katanya.

Gan turut melatih semua staf bekerja dalam suasana kasih sayang.

Pesannya kepada orang muda, dalam berniaga, jangan sesekali menggunakan duit syarikat.

"Hanya gunakan duit gaji sahaja, jangan sesekali pakai duit syarikat.

"Selain kita perlulah sentiasa tepati janji serta tidak boleh menipu. Satu lagi, sifat yang perlu ada dalam diri adalah kasih sayang terhadap pekerja dan syarikat," pesannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca