HIDUP dan mati adalah dalam genggaman Illahi, tiada seorang pun yang boleh menghindarkan diri dari kematian yang sudah ditakdirkan ALLAH SWT.

Perpisahan disebabkan kematian adalah sesuatu yang perit untuk diterima. Apatah lagi kematian yang tidak disangka-sangka.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Itulah yang menimpa Sue Qaseh dan Adik Yan yang kehilangan ayah tercinta pada 23 Disember lalu.

Video terakhir Yan dan ayahnya yang dimuat naik oleh kakaknya di akaun TikTok menyentuh hati semua.

“Maafkan abah ye Dik Yan… abah tak dapat tunggu Yan tamat latihan TUDM bulan 4 nanti,” titip Sue Qaseh.

Menurut Sue Qaseh, adiknya mula menjalani latihan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Ipoh, Perak pada Oktober 2021 dan ayahnya meninggal dunia pada 23 Disember 2021.

Yan akan menamatkan latihan di TUDM pada 16 April 2022 dan video yang dimuat naik tersebut merupakan tatapan terakhir Yan pada ayahnya.

“Pernah Yan call selepas beberapa hari abah pergi. Dia cakap, Yan sunyi kak. Yan buat ni untuk abah. Abah dah tak ada, apa makna semua ni lagi,” tulis Sue Qaseh.

Menurut Sue Qaseh, Yan pulang pada hari kematian ayahnya dengan diiringi oleh pegawai di pusat latihannya.

Iklan

“Yan dapat tengok jenazah abah, mandikan, kafankan dan kebumikan abah.

“Selepas selesai urusan jenazah, Yan di bawa balik semula ke kem TUDM untuk teruskan latihan,” katanya.

Jika masih punya ibu bapa, hadam pesanan mesra ini

Video tersebut ternyata menyentuh hati ramai yang rata-ratanya sebak melihat dakapan dua beranak yang dilihat sangat akrab itu.

Iklan

Ujar mereka;

“Sedih tengok part ayah renung anak dia. Seolah-olah tahu yang dia akan pergi.”

“Teresak aku tgk vdeo ni. aku dahla tak balik rumah 4 bulan dah. Semoga yang tersayang dilindungi dan dirahmati ALLAH.”

“Kuat dan lama abahnya pegang tangan adik… bila ayat tunggu Yan balik. Moga Yan terus jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Yan anak yang baik.”

Baca juga Tular kereta baru guna 3 bulan ‘total lost’ dihanyut banjir, wanita terharu terima ‘pengganti’

“Tanpa sedar dan terasa dengan tiba-tiba air mata mengalir di pipi.”

“Sekuat mana pun hati bila hilangnya salah satu harta dunia akhirat seolah-olah dunia terhenti.”

@sue_qaseh Ciuman & tatapan akhir abah buat ank nya yg no12 😔 semoga adikku kuat selalu @yan3hundred20 #abah #rindu #love #tudm ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Sumber: TikTok Sue Qaseh