“SAYA berterus terang, walaupun sebelum ini saya antara pengikut anti vaksin tapi apabila dah terkena jangkitan baru saya tahu perit untuk melawan Covid-19.”

Begitulah ungkapan abang Allahyarham Siti Sarah, Ahmad Firdous Raissuddin,40, setelah diuji dijangkiti Covid-19 tahap empat sehingga dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Ogos lalu.

Katanya, apa yang dilalui itu memberikan pengajaran dan pengalaman yang cukup berharga buat dirinya.

Bahkan, tindakannya sebelum ini yang secara terang-terangan anti vaksin amat dikesalinya selepas diuji dengan wabak berkenaan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya peroleh selepas kembali pulih daripada Covid-19… kalau orang cakap dulu saya anti vaksin, memang betul saya anti vaksin sebelum ini di atas sebab-sebab tertentu.

“Tapi, sekarang saya bersedia untuk ambil vaksin sebagai ikhtiar kehidupan dan selepas mendapat vaksinasi penuh ia akan memudahkan kita untuk menjalankan pelbagai urusan harian,” katanya dalam video yang dikongsi di Facebook peribadinya.

Selain itu, Ahmad Firdous turut mengungkapkan ucapan maaf kepada barisan petugas hadapan selain merakamkan penghargaan kepada barisan petugas hadapan yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawanya.

“Orang kata covid is real, memang covid is real. Dah kena, covid is real la. Pada mereka yang saya tulis doktor pembunuh la apa la, saya mohon maaf banyak-banyak pada doktor, pada nurse dan berterima kasih.

“Bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa saya ini, terima kasih banyak-banyak. Frontliners memang saya respect. Frontliners yang menjaga di wad ICU, saya katil kat depan, bayangkan macam mana diorang bekerja.

“Bila dah kena, baru tahu. Baru kita rasa, teruklah kita ni. Menyebarkan benda yang tak benar, tak baik, padahal dia yang tolong kita,” ujarnya.

[VIDEO]Sebelum ini anti vaksin, abang Siti Sarah mohon maaf pada doktor, jururawat

Setelah melalui detik mengerikan, Ahmad Firdous tidak akan teragak-agak untuk mengambil vaksin Covid-19 tidak lama lagi.

“Insya-ALLAH bila saya sihat, Insya-ALLAH saya akan ambil vaksin. Saya tahu penderitaan orang yang kena Covid-19 sangat teruk.

“Mana yang cakap dulu saya anti vaksin, takpe la itu pengalaman hidup saya, pengajaran bagi saya. Dan mereka-mereka yang taknak ambil (vaksin), terpulang pada korang.

“Saya tak paksa tapi bila kena Covid-19 walaupun tahap satu, dua, kena ingat korang boleh jangkit pada orang lain dan orang lain kita tak tahu antibodi diorang macam mana.

“Pengalaman saya di ICU, saya baring, ada yang baru masuk dan ditidurkan, esok pagi dialisis terus, saya tengok benda-benda ni dalam ICU amat-amat mengerikan,” ujarnya.

Ogos lalu, Ahmad Firdous dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor dan ditidurkan sehari selepas paras oksigennya menurun.

Iklan

Baca juga “Saya dapat rasakan dia ‘hidup’… Wanita dirasuk jin menumpang ‘teddy bear’ kesayangan

Akibat virus Covid-19, Ahmad Firdous dirawat di hospital lebih sebulan dan memaklumkan jangkitan tersebut menyebabkan paru-parunya rosak teruk.

Iklan

Adik Ahmad Firdous, Siti Sarah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM)sekitar 5.13 pagi. Pemergian penyanyi kesayangan ramai itu amat menyentuh emosi ramai. Allahyarham Siti Sarah, 36, yang juga ibu kepada empat cahaya mata sebelum itu ditidurkan lebih 48 jam. Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar. Selain Ayash Affan, Allahyarham Siti Sarah turut meninggalkan suami, Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata lain Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.