[VIDEO]Suami isteri beli kereta Kancil guna pengeluaran khas KWSP runtun hati ramai

[VIDEO]Suami isteri beli kereta Kancil guna pengeluaran khas KWSP runtun hati ramai
[VIDEO]Suami isteri beli kereta Kancil guna pengeluaran khas KWSP runtun hati ramai
A
A
A

UMUM maklum bahawa ramai yang telah berjaya menerima Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengeluaran khas bernilai RM10,000 itu ternyata amat memberi manfaat dan ibarat 'penyambung hidup' buat rakyat yang sangat memerlukan.

Jangan lupa follow kami Instagram! 

Seperti sepasang suami isteri yang sepakat membeli sebuah kereta jenis Perodua Kancil terpakai menggunakan wang pengeluaran khas berkenaan.

Tampil meluahkan rasa syukur, seorang pengguna media sosial, Eyka @hello_eyka mendedahkan dia dan suami dengan menggunakan kemudahan yang diberikan, akhirnya mereka sekeluarga merasa memiliki sebuah kenderaan berbumbung walaupun hanya Kancil.

Baginya, ia amat cukup memberikan makna besar buat keluarga mereka kerana selama ini hanya bergantung kepada sebuah motosikal lama suaminya untuk kemana-mana sambil membawa dua orang anaknya.

Perkongsian video itu meruntun hati warga maya, tambahan lagi ketika melihat reaksi anak kecilnya yang gembira dihantar ke sekolah menaiki kereta.

"Rezeki anak-anak dapat duit KWSP terus beli kereta. Saya anak dua baru merasa ada kereta, sebelum ini pergi mana-mana naik motor dengan panas-panas, bila anak nak susu terpaksa duduk tepi jalan buat susu dulu," coretnya.

Baca juga Bermanfaat! Wanita pecah hasil tabungan bersama suami untuk sambut raya buat ramai kagum

@atikah_la_la_larezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta?♬ Tetap Disini - Maulana Ardiansyah

Menerusi video tersebut, ternyata apa yang lebih memberi kepuasan kepada seorang ibu adalah apabila dia melihat reaksi anak sulungnya yang begitu teruja ketika dihantar ke sekolah dengan menaiki kereta berkenaan.

"Hari ini bermulalah hantar anak ke sekolah naik kereta, tengok muka anak sulung itu seronok sahaja," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terharu membaca kisahnya.

Pendedahan itu juga mengundang perhatian kaum hawa, yang turut berkongsi kepayahan dilalui, tetapi pada masa sama mendoakan keluarga wanita itu dimurahkan rezeki.

Ujar mereka;

"Alhamdulillah.. saya pun dapat beli Kancil guna KWSP. Kesiankan anak. Hujan panas naik motor."

"Tengok komen ingat kita paling susah. Tapi ada yang lagi susah. Semoga semua dimurahkan rezeki."

"Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan kejayaan puan dan keluarga, rezeki dapat memiliki kereta, KWSP pun duit titik peluh kerja keras selama ini, jadi, manfaatkan seperti ini baru nampak hasil berpanjangan."

Baca juga Tiap malam menjerit, tak lena tidur, keadaan Bella di wad buat ramai tersentuh

"Doakan aku dapat beli kereta juga. Penat dah asyik berbasah."

"Seronok bila tengok wajah anak kecil itu tersenyum lebar, seronok dia dapat naik kereta, tahniah puan."

"Alhamdulillah di sini saya kenal ertinya bersyukur hidup besederhana tersentuh hati saya. Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki buat akak sekeluarga."

@atikah_la_la_laharini bermula lah hantar anak kesekolah naik kereta tgk muka anak sulung tu happy je.?♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu - Yudha Paramata

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca