[VIDEO]Tular dakwa pembantu rumah didera, rupanya lain yang berlaku

[VIDEO]Tular dakwa pembantu rumah didera, rupanya lain yang berlaku
[VIDEO]Tular dakwa pembantu rumah didera, rupanya lain yang berlaku
A
A
A

BARU-BARU ini tular di media sosial sebuah video berdurasi 1 minit dan 10 saat memaparkan seorang wanita dalam keadaan ketakutan.

Dikatakan wanita tersebut yang merupakan pembantu rumah warga Indonesia telah didera oleh majikannya.

Video asal dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok dikenali @long_rangerr.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 16 September lalu di Benningotn Residence, Kuala Lumpur.

Jangan lupa ikuti kami di Instagram!

Anda mangsa dera! Ini apa yang perlu kita tahu

Justeru itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dalam satu kenyataan berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi di tempat kejadian dan keterangan saksi-saksi yang terlibat mendapati tiada unsur-unsur penderaan yang berlaku ke atas mangsa.

"Mangsa adalah seorang perempuan warganegara Indonesia yang dipercayai mengalami tekanan perasaan kerana hendak balik ke negara asal.

"Mangsa akhirnya berjaya dipujuk oleh rakannya dan berjaya ditenangkan.

"Salah seorang kenalan kepada mangsa juga telah membuat laporan polis menafikan berlakunya kejadian dera ke atas mangsa.

"Semakan pihak polis juga sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mangsa, individu lain dan juga pihak kedutaan Indonesia dalam kejadian ini," ujarnya.

Baca juga “Rumah mesti bersih ya’ ibu sempat ‘ceramah’ pengantin tika kenduri, raih perhatian warganet

Sehubungan dengan itu, pihak polis berharap supaya spekulasi berlaku kejadian dera ke atas mangsa tidak ditularkan kerana berita yang tidak tepat boleh mendatangkan keresahan dan kerisauan kepada masyarakat.

@long_rangerrkjadian sbntr td di Residensi Benington setapak...Dgr dr mulutnya,sering dipukul oleh majikan,sbb tu dia cuba lari tpi dipegang oleh baju biru,

♬ bunyi asal - Kerana Kamu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca