[VIDEO]Tular trak redah banjir, respon Hishammuddin raih perhatian

02
02
A
A
A

"YA, memang itu trak milik ATM. Siang malam redah banjir. Bawa mangsa yang terjejas. Angkut makanan dan barang keperluan. Setiap risiko dihadapi dengan berani dan berhati-hati."

Begitu perkongsian Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Facebook miliknya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Posting berkenaan turut menjawab persoalan orang ramai berikutan tular sebuah video menunjukkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meredah banjir untuk menghantar bantuan kepada mangsa yang terkesan.

Video berkenaan dimuat naik oleh pengguna TikTok @ninnna1975 telah mendapat perhatian ramai.

Ujar beliau, banyak lagi aset ATM ke semua kawasan banjir.

"Ini baru satu kebetulan dirakam orang ramai. Sebenarnya, banyak lagi aset ATM yang melakukan perkara sama di semua kawasan yang dilanda banjir.

"Terima kasih pemilik video, doakan dan hargai pengorbanan anggota ATM. Mereka tak minta dihargai tetapi mereka memang layak dihargai," tulis beliau.

banjir

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan ucapan terima kasih di atas pengorbanan yang diberikan warga tentera dan semua pihak yang membantu.

Bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Semenanjung tanah air baru-baru ini cukup meninggalkan kesan kepada rakyat Malaysia.

Baca juga Ajaibnya laungan azan, rumah lelaki ini tak dimasuki air banjir. “Ia hanya lalu, tidak masuk rumah.”

Banyak pihak tanpa mengira kaum dan agama tampil sama-sama berganding bahu meringankan beban mangsa-mangsa terjejas baik dari segi kewangan, barang keperluan mahupun tenaga.

Pelbagai aset kerajaan turut dikerahkan untuk misi bantuan banjir kali ini termasuk daripada barisan pertahanan negara.

Sumber: Facebook Hishammuddin Hussein

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca