WANI Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, yang pernah tular sebelum ini kerana
mengalami berat badan mencecah hampir 300 kilogram (kg) meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Pemergian gadis itu juga dilaporkan pada hari yang sama dengan sahabat baiknya iaitu Putri Nur
Rabiatul Nabihah.

Menerusi perkongsian di Instagram @wanicomel20, Wani Comel telah disahkan kembali ke rahmatullah pada jam 9 malam tadi akibat Covid-19.

Manakala rakannya, Putri Nur Rabiatul meninggal dunia pada hari yang sama kira-kira pukul 4.40 pagi
semalam akibat jangkitan yang sama.

Posting tersebut dikongsi oleh ibu kepada Putri Nur Rabiatul memuat naik satu hantaran memaklumkan
tentang perkara itu.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

"Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9 malam tarikh 18 Ogos 2021.

"Wani pergi dihari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal disahkan Covid-19.

"Allahuakbar, Allahuakbar, sayu hati saya dua insan yang saya sayangi telah pergi dihari yang sama.

"Saya mohon pada semua rakan rakan sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Wani Comel dan Putri Nur
Rabiatul Nabihah," tulisnya.

Baca juga Mayat tersangkut pokok pisang, dahsyatnya banjir kilat ibarat tsunami, ragut nyawa penduduk kaki Gunung Jerai

Kongsi wanita itu, dua insan sahabat baik itu sangat akrab.

"ALLAh lebih menyayangi mereka berdua. Betapa rapatnya mereka berdua sehinggakan waktu sakit juga
mereka bersama mengharunginya," ujarnya.

Al-Fatihah untuk keduanya. SinarPlus turut mengucapkan salam takziah buat keluarga.