Wanita hamil, anak 6 tahun maut bot terbalik di Krabi, ini 8 info kejadian

A
A
A

KRABI yang terkenal dengan pulau-pulau cantik menghidangkan panorama yang mengasyikkan.

Namun malang tidak berbau, sedang bersantai dan melancong bersama keluarga di sana, seorang wanita Malaysia dan anak terlibat dalam kejadian bot terbalik.

Lebih menyedihkan wanita berkenaan yang sedang hamil dan anak perempuan berusia enam tahun meninggal dunia manakala suaminya terselamat.

Baca juga: Kaki sungai pun boleh tewas, air terjun berpusar perangkap maut, pengunjung nyaris lemas

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Berikut adalah kronologi kejadian yang menyayat hati:

1-Dalam kejadian pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) itu, tiga sekeluarga iaitu wanita berusia 36 tahun bersama suaminya berusia 38 tahun dan anak perempuan mereka dalam perjalanan menuju Pulau Poda.

2-Gabenor wilayah Krabi Passakorn Bunyalak dalam sidang media memaklumkan bot yang dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak besar menyebabkan ia terbalik.

3-Keluarga itu dan pengendali bot hanyut di laut sebelum diselamatkan oleh nelayan tempatan.

4-Kesemua mereka dibawa ke darat di Jeti Klong Sai dan dikejarkan ke Hospital Krabi.

5-Wanita itu dan anak perempuannya tidak sedarkan diri ketika ditemui nelayan. Mereka kemudian disahkan meninggal dunia.

6-Suami wanita berkenaan dan pengendali bot warga Thailand berusia 45 tahun terselamat dan dilaporkan dalam keadaan baik.

7-Mereka kini berada di bawah pengawasan rapi pihak hospital.

8-Ketika dihubungi Bernama, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid berkata pejabat konsulat sedang berusaha memberikan bantuan yang sewajarnya untuk menghantar pulang jasad mangsa ke Malaysia.

Salam takziah SinarPlus ucapkan buat keluarga mangsa terlibat.

Baca juga: Anak lemas musim banjir, 4 langkah ini boleh selamatkan nyawa, pentingnya tahu CPR

Bahaya rekreasi air di perairan pantai, tasik, sungai, dan kolam renang boleh dikurangkan jika kita mengutamakan keselamatan dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Lemas dan kesan kecederaan terutamanya pada kepala dan tulang belakang merupakan risiko utama rekreasi air.

Selain menggalakkan untuk mendapatkan perlindungan insurans penuh untuk rawatan penyakit dan kecederaan, MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia menyenaraikan tip keselamatan berikut yang boleh diikuti bagi mengurangkan risiko kemalangan:

1-Utamakan keselamatan semasa melakukan rekreasi air

2-Ketahui keadaaan pasang surut air dan arus.

3-Elakkan meminum alkohol sebelum melakukan sebarang aktiviti dalam atau berhampiran air. Jangan minum alkohol dan berenang.

4-Periksa kedalaman air sebelum menyelam dan elakkan menyelam atau melompat ke dalam air yang keruh bagi mengelakkan pelanggaran dengan orang atau objek yang tidak kelihatan.

5-Jangan melompat ke dalam air atau melompat ke atas orang lain di dalam air.

6-Berenanglah bersama-sama dengan orang lain. Sentiasa perhatikan keadaan air pasang, arus dan angin kencang.

7-Berenanglah sekurang-kurangnya satu jam selepas makan dan elakkan tertidur di atas tilam angin semasa berada di laut.

Baca juga: Ibu reda Eril pergi, 14 hari baru ditemui, ini kronologi pemuda lemas di Switzerland

JAKET KESELAMATAN AIR

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

  • Jaket keselamatan menjamin keselamatan ketika melakukan aktiviti air. Bagi mengelakkan risiko pelbagai perkara tiak diingini, pemakaian jaket keselamatan.
  • Jaket ini direka khas untuk membantu seseorang itu mengapungkan dirinya di atas permukaan air buat seketika.
  • Kajian mendapati bahawa jaket yang berkualiti sederhana mampu mengapungkan manusia seberat 80 kilogram selama tempoh masa empat jam.
  • Dalam tempoh ini mangsa sempat untuk menggunakan apa yang ada di sekelilingnya untuk menyelamatkan diri seperti menarik perhatian dengan meniup wisel dan berada di kawasan terbuka yang lebih mudah untuk dilihat.

Sumber: Badan keras, membulat masa ditemui, lelaki kongsi detik cemas isteri lakukan CPR selamatkan anak lemas

Sumber: Bernama, MyHealth, TCE Tackles

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca