Kaki sungai pun boleh tewas, air terjun berpusar perangkap maut, pengunjung nyaris lemas

A
A
A

Kaki sungai pun boleh tewas, air terjun berpusar perangkap maut, pengunjung nyaris lemas

AIR terjun atau jeram sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk aktiviti riadah dan santai. Jauh dari hiruk-pikuk kota, suasana nyaman dan persekitaran menghijau sungguh menyegarkan.

Nampak seperti selamat, hakikatnya air terjun adalah perangkap maut jika tidak berhati-hati. Justeru jangan ‘cuba-cuba’ bahayakan diri terutamanya yang tidak mahir berenang.

Baca juga: Kepala air ragut nyawa dua pendaki di Gunung Suku, berikut kronologi kejadian

Seolah-olah badan ‘ditarik’ ke dasar sungai, begitulah keadaan yang berlaku apabila seseorang berada di bawah air terjun yang deras.

Pengguna TikTok Midhaa Huwaina berkongsi video yang memaparkan kejadian di sebuah kawasan air terjun di Serendah, Selangor.

Momen santai mandi-manda bersama keluarga dikejutkan oleh jeritan meminta tolong pengunjung lain.

Insiden sekelip mata itu segera mendapat perhatian orang ramai yang melemparkan pelampung. Beberapa orang lelaki menghampiri mangsa yang sedang ‘tenggelam timbul’ berhampiran aliran air terjun yang deras.

Orang awam lain tidak ketinggalan menghulurkan batang kayu dan menarik mangsa ke tepi.

Baca juga: Hati-hati mandi air terjun, video tular kepala air ragut nyawa dua kanak-kanak, seorang hilang

“Sebenarnya ada dua orang yang hampir kemas di situ tetapi salah seorang daripadanya sempat mencapai kayu daripada seorang kakak.

“Kakak yang lemas itu tidak sempat mencapai kayu itu, agaknya air sudah 'tarik' dia. Apa pun Alhamdulillah dia diselamatkan.

“Air terjun di Serendah, enjoy mandi di sini. Alhamdulillah ok tempatnya tetapi kita semua kena beringat dan berhati-hati,” katanya.

Midhaa berkongsi peringatan agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti air di kawasan air terjun.

“Kalian yang mandi-manda di air terjun berhati-hatilah kalau hendak bermain air di kawasan situ (berdekatan air terjun yang deras). Pastikan pandai berenang dan mengimbang badan. Nampak air terjun rasa boleh rempuh masuk tapi hakikatnya air sangat deras ya, kita tidak mampu kawal badan kita.

Baca juga: 'Pernah tengok punca air terjun?” Pemuda tunjuk lokasi punca air, ramai tak sangka rupanya dari celah batu, akar

“Ayah saya yang kaki sungai, kaki mandi air terjun pun ada pesan kalau tidak pandai berenang atau menyelam jangan main ‘area’ air yang ‘sedang terjun’ itu. Yang pandai berenang pun ‘struggle’ nak melawan air, inikan pula yang tidak biasa berenang.

“Saya pun tetap risaukan ayah walau dia pandai berenang dan menyelam. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dilindungi,” titip Midhaa.

Ujar Midhaa, semakin tinggi air terjun maka pusaran pasir di bahagian bawahnya semakin dalam.

Berkongsi sebagai peringatan, wanita ini mahu kejadian itu menjadi iktibar.

“Pengajaran buat kita semua, semoga mereka yang lemas ini baik-baik sahaja, takut dia trauma.

“Terima kasih kepada abang-abang penyelamat yang cekap,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet turut menzahirkan rasa syukur mangsa berjaya diselamatkan.

Dalam masa sama ramai yang berkongsi pengalaman dan tip keselamatan aktiviti santai air terjun.

- “Air Terjun Serendah, bawahnya dalam kerana air terjun itu sangat kuat menyebabkan tanah terhakis.

- “Saya juga pernah masuk ke bawah air terjun itu. Bukan sahaja sebab dalam, tarikan air yang bikin lemas. Nasib baik biasa berenang boleh tolak badan keluar.”

- “Ya bawah air terjun airnya berpusar, saya pernah hampir lemas. Hati-hati.”

- “Saya pernah kena, hendak keluar dari situ susah sebab asyik berpusing-pusing bawanya, nasib baik suami dapat tarik keluar.”

Baca juga: Dikejar lebah, terjun ke tasik. Lelaki maut ‘dibaham’ piranha

TIP KESELAMATAN MANDI-MANDA AIR TERJUN

Kredit foto: Pixabay

1.Pusaran air terhasil daripada pertemuan arus yang berlawanan.

2.Memiliki aliran air ke bawah secara vertikal, pusaran air akan menyebabkan mangsa seolah-olah ditarik ke bawah.

3.Pusaran kecil biasanya berlaku di kawasan air terjun.

4.Bagaimanapun ia boleh menghasilkan pusaran berskala kuat.

5.Kawasan yang sempit biasanya menghasilkan pusaran kuat.

6.Pusaran air sering berlaku di sungai yang mempunyai jeram.

7.Anda boleh menguji kawasan dengan membuang objek seperti ranting kayu.

8.Jika objek itu tidak ditolak keluar menandakan air berkenaan bahaya.

Baca juga: Tular video kepala air, arus deras di Lata Berangin, ramai doakan penduduk di Kelantan

Sumber: TikTok Midhaa Huwaina

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca