Wanita hamil dipukul suami menghitung hari bersalin, adik luluh hati, bimbang risiko pembedahan

A
A
A

SIAPA pun pasti akan mengingati kes wanita yang dipukul suami ketika hamil bertarung nyawa hingga koma.

Susulan tragedi 4 Mei lalu, wanita itu mengalami kecederaan parah di kepala sehingga sebahagian tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.

Baca juga: Sayang Isteri Tinggal-Tinggalkan, Bukan Dibelasah Hingga Hilang Ingatan!

Jahidah Nordin, 43, mula membuka mata Jun lalu ketika kandungannya berusia 13 minggu.

Kini, dia sedang menunggu hari untuk bersalin. Kandungannya juga difahamkan sudah mencecah usia 35 minggu.

Fazariah Nordin

Wanita itu dijaga adiknya, Fazariah Nordin, 38, yang tinggal bersama suami dan seorang anak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Fazariah menyifatkan bayi dalam kandungan kakaknya kuat semangat kerana terus membesar sempurna walaupun Jahidah hanya mengambil susu khas sepanjang kehamilan.

BAKAL JALANI PEMBEDAHAN

Dalam perkembangan berkaitan, Fazariah memaklumkan Jahidah terpaksa ditahan di wad untuk dipantau sebelum pembedahan caesarean dijalankan.

“Tak sangka hari ini terus pakar nak tahan kakak di wad.

“Sebab kakak pesakit berisiko tinggi dan perlu dibius penuh (untuk pembedahan),” titipnya.

Dalam pada itu, Fazariah turut menyuarakan rasa berat hatinya untuk melepaskan Jahidah di wad.

Jahidah merupakan anak sulung dalam keluarga.

BERHADAPAN PELBAGAI RISIKO

Sementelah wanita itu berhadapan pelbagai risiko untuk melahirkan permata hatinya kelak.

“Banyak risiko kakak hadapi.

"Ya ALLAH kenapalah rasa berat hendak melepaskan, rasa macam kali terakhir bersama kakak," luahnya.

Setelah mendapat konsultasi daripada pakar, Jahidah dikatakan berhadapan pelbagai risiko.

“Risiko kakak ialah gangguan pernafasan (respiratory distress), pendarahan, jangkitan kuman, jantung terhenti (cardiac arrest) dan kematian.

“Diam, tak terkata apa. Berat nak turunkan tanda tangan. Terpaksa kalau ini jalan yang terbaik dan mungkin terakhir...," titip Fazariah.

Menerusi laman sosial Facebook, Fazariah memaklumkan Jahidah akan menjalani pembedahan pada 1 Disember ini.

TITIPAN DOA

Rentetan itu, sebagai adik, Fazariah memohon titipan doa untuk kakaknya dalam menjalani pembedahan berisiko itu dalam masa terdekat.

Warga maya rata-rata mendoakan agar pembedahan berjalan lancar dan dipermudahkan.

 

 

 

Baca juga: Lelaki Pukul Isteri Kedua Hingga Koma, Rupanya Ada 4 Isteri, 7 Anak

Terdahulu, suami Jahidah, Rosmaini Abd Raof, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan memukulnya hingga koma.

Perbuatan jenayah itu dilakukan di Blok B, Scott Tower, Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin pada 4 Mei lalu sekitar jam 6 pagi.

Ketika itu Jahidah sedang hamil empat minggu.

Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok @ziahzara15, Facebook Fazariah Nordin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca