Wanita kecewa pelanggan buang kek 'bajet' dalam tong sampah, ramai doakannya murah rezeki
BARU-BARU ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang individu seakan tidak berpuas hati dengan
kek yang dibeli dan bertindak membuangnya ke dalam plastik sampah.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Ain Syaf, dia mengakui agak terkilan dengan sikap
seorang pelanggannya yang tergamak membuang kek yang dibelinya ke dalam plastik sampah.
Menurutnya, dia telah menerima kiriman WhatsApp daripada pelanggan berkenaan yang memaklumkan kek tersebut langsung tidak mempunyai perisa dan hanya rasa gula icing sahaja.
Tegasnya juga, selama dia menjual kek, individu tersebut merupakan pelanggan pertama yang mengadu kek bajet
berharga RM10 itu tiada rasa.
Lebih menyedihkan, wanita terbabit turut menerima ugutan yang pelanggan tersebut ingin membuat live mengatakan keknya hanya 'sampah'.
"Kek yang kami jual semua baru bakar. Bahan semua saya guna yang sedia putar sahaja, tiada tambah-tambah gula lagi. Saya pun tidak tahulah customer ni sengaja mau buat live malukan kami atau sebaliknya."Jumlah yang dia beli RM20 untuk dua biji kek. Kamu rasa berbaloikah saya jual kek RM10 lepas tu saya
penuhkan filling kek tanpa Fresh cream?
"Sudah saya bagitau awal-awal saya jual kek bajet, bukan kek premium guys," luahnya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang tidak bersetuju dengan tindakan
individu berkenaan. Rata-rata mereka turut mendoakan agar penjual kek itu terus dimurahkan rezeki.
Kata mereka;"Tergamakla dia buang. Besar wei kek RM10 macam tu. Aku rasa customer tu kena swab test takut kena Covid-19. Saya doakan dengan kejadian ini ALLAH murahkan lagi rezeki sis."
"Marketing free sis untuk u... bertambah lagi la rezeki u lepas ni."
Baca juga Beli pakaian RM1,500 tapi terima jagung buruk, lelaki luah kecewa servis kurier
"Ujian ALLAH bagi sis... ada hikmah tu. Insya-ALLAH ramai dah tau kedai sis."
"Ni la orang tak pandai bersyukur kek harga RM10 sama yang mahal pun tak dapat beza mau murah tapi tak berharap macam tu harga kayangan punya rasa."
"Nampak macam kek tu tak terusik pun, dia try ising dulu ka?"
Sumber: Ain Syaf
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang