Wanita lahir tanpa kedua-dua tangan selamat disatukan, suami sifatkan Norfarrah ‘super woman’
WANITA tanpa kedua-dua tangan pernah tular memandu menggunakan kaki selamat bernikah.
Wanita orang kurang upaya (OKU) Norfarrah Syahirah Shaari selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan hatinya Zulfadli Syahrul di Bagan Datuk, Perak kelmarin.
Norfarrah yang mesra dipanggil Farah bersyukur kerana bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang cukup sifat, memahaminya dan menerima kekurangan dirinya setelah setahun mereka berkenalan.
"Kekurangan anggota fizikal sejak lahir, pada awalnya saya tidak yakin dia boleh menerima kekurangan diri saya.
"Namun dia tetap meneruskan niatnya untuk berkawan dan hampir setahun kami berkawan, dia datang ke rumah membawa rombongan untuk bertunang tahun lepas.
"Saya sangat terharu dan sebak apabila dia menerima kekurangan saya," ujarnya.
Baca juga Wanita lahir tanpa kedua-dua tangan selamat bertunang, mertua pakaikan gelang kaki simbolik ‘diikat’
Sementara itu, Zulfadli meluahkan kesyukuran atas pernikahan tersebut selepas mereka mengambil masa setahun untuk saling mengenali.
Dia akui merasa sebak ketika melafazkan taklik selepas akad nikah. Dia bersyukur mereka selamat menjadi suami isteri dan Zulfadli anggap isterinya adalah jodoh jatuh dari langit.
Cerita Zulfadli, detik perkenalan mereka bermula apabila dia terpikat sebaik menonton salah satu video yang memaparkan Norfarrah di saluran YouTube sebelum menghantar mesej di Instagram dan Facebook.
Ujarnya, tiga kali mencuba memberi mesej namun tak berbalas. Hanya selepas lebih dua tahun iaitu kira-kira dua hari menjelang Hari Raya Aidiladha tahun lepas barulah Norfarrah membalas mesej tersebut.
Bicaranya, dirinya serius untuk berkenalan dengan Norfarrah, dia mengambil keputusan untuk terus datang ke rumah keluarga wanita itu di Bagan Datuk pada petang Hari Raya Aidiladha berkenaan.
Baca juga Gadis tiada lengan pun berdikari, pandu kereta sendiri
Bagaimanapun, dia tidak melihat kekurangan pada wanita berusia 35 tahun itu sebagai penghalang sebaliknya menyifatkan isterinya tidak ubah seperti ‘super woman’.
"Saya tak nampak dan tak pernah memikirkan kekurangan pada dirinya. Dengan hanya menggunakan kaki, dia mampu melakukan banyak perkara seperti orang lain. Isteri saya sebenarnya adalah super woman, dia ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri," ujarnya.
Sebelum ini, kisah inspirasi Norfarrah mendapat perhatian ramai oleh kerana kemahirannya memandu kereta dan mengawal stereng menggunakan kaki sahaja.
Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan (KKTI) yang berusia 35 tahun itu juga pernah terlibat menjahit PPE untuk petugas barisan hadapan menggunakan kaki ketika dunia dilanda Covid-19 pada 2020.
Alhamdulillah dan tahniah kepada Norfarrah dan suami.
Sumber: mStar, Utusan Malaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang