Wanita Mat Salleh tular, ‘lebih Melayu’ daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

A
A
A

WANITA dilahirkan dengan tabah dan kuat tetapi sarat dengan kasih sayang. Seperti wanita Mat Salleh ini, kuat meskipun diuji suami sakit. Malah dikatakan lebih ‘keMelayuan’ daripada generasi masa kini.

Dikenali sebagai Aunty Azizah, wanita kelahiran Amerika Syarikat yang menetap di Gerik, Perak.

Menerusi perkongsian Norlaila Dlaila, Azizah sudah berkahwin dengan warga tempatan. Bagaimanapun rumah tangga yang dibina diuji apabila si suami diserang angin ahmar atau strok.

Tambahnya, wanita itu sering memakai baju kurung Kedah dan kain batik.

Baca juga: Dahulu ikut abah meniaga pasar malam, kini muncul antara 10 wanita hebat di ASEAN

Baca juga: Walau diri sendiri sakit, ibu mithali jaga dua anak terlantar seumur hidup, cacat pendengaran

Melalui kehidupan seperti wanita tempatan, Azizah dilihat menaiki motosikal di sekitar kampung kampung dan menawarkan perkhidmatan pembersihan. Antaranya mencuci pakaian dan permaidani untuk menampung hidup.

Tidak sekadar itu, Azizah turut gigih mengambil upah memotong rumput dan mencuci pinggan di kedai makan.

“Paling dahsyat kadang kala dia memikul mesin rumput dan memotong mesin rumput rumah orang. Hari tu dia pernah tolong akak cuci pinggan sekejap. Tapi dia tak larat berdiri lama kerana pahanya pernah patah kerana kemalangan,” titip Norlaila.

Baca juga: Sabar, tabah resipi bahagia wanita bergelar isteri

Selain itu, ada perkara lain yang mengagumkan Norlaila berkenaan Azizah iaitu menitikberatkan ibadah solat selepas azan dilaungkan. Menurutnya, wanita itu akan berusaha menunaikan ibadah itu pada awal waktu.

Warga maya rata-rata memuji Azizah. Malah ada yang mengagumi kebolehannya memakai kain batik.

- “Respect, kudrat yang sentiasa kuat, dianugerahkan ALLAH SWT semangat dan ketabahan jitu bila beban terletak di bahu wanita. Semoga dipermudahkan urusan dan peroleh rezeki yg melimpah ruah buat puan Azizah, Laila dan kita semua Aamiin.”

- “Serius lah pandai pakai kain batik, saya sendiri pun tidak pandai pakai kain batik.”

- “Alhamudullilah.. Didikan agama yang kuat daripada suami untuk isteri mualaf. Semoga di permudahkan segala urusan.”

- “Perempuan apa yang tak boleh di buat kak. Semua boleh bila keadaan memerlukan.”

- “Salute buatnya, walaupun diuji suami sakit, masih setia dan sudi buat bermacam kerja untuk menyara kehidupan. Semoga diberikan kesihatan baik, diberikan kesembuhan kepada suaminya, dikurniakan rezeki baik-baik untuk mereka. Aamiin.”

Siapa diantara kita yang rajin melakukan kerja-kerja rencam sepertinya? Semoga ketabahan Aunty Azizah boleh dijadikan inspirasi buat kita semua.

Baca juga: Suami meninggal ketika hamil, ibu tunggal jadi ketua keluarga sara 6 anak

Sumber: Norlaila Dlaila

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca