Wanita pejuang kanser jual nasi lemak tepi jalan sebak dibantu insan berhati mulia

A
A
A

SUDAH lama sebenarnya brader ini perhatikan seorang mak cik berbangsa India yang berjualan nasi lemak di tepi jalan.

Entah kenapa, satu hari dia tergerak hati untuk singgah dengan niat nak beli juadah sarapan pagi sebelum ke tempat kerja.

wanita kanser

Namun, perkongsian pemilik akaun Twitter, Roob Ganesan yang sempat berbual dengan mak cik tersebut boleh bikin hati warganet sebak.

Tiap2 pagi aku tengok aunty ni jual nasi lemak tepi jalan. Entah kenapa, hari ni hati tergerak untuk u-turn beli. Tanya brp sebungkus, dia kata RM1. Aku pun belilah 10, plan nak kasi staff semua. Sembang-sembang dengan aunty ni, baru dapat tahu dia cancer survivor. Hidup tengah susah sejak PKP.

Niat di hati mahu menolong untuk mencari kerja yang lebih baik memandangkan keadaan kesihatan mak cik ini.

makcik pejuang kanser

Barangkali sudah tertulis rezeki wanita itu apabila Ganesan ada kawan yang sedang mencari pekerja untuk mengupas bawang.

Aunty mintak tolong carikan kerja. Kebetulan ada kawan saya tengah mencari pekerja untuk kupas bawang.

Terus aku cuba linkkan mereka. Aunty cakap: "Terima kasih banyak, macam tuhan awak dua datang tolong saya".

Mulia sungguh hati pemuda ini membantu mereka yang memerlukan. Bukan soal duit yang menjadi keutamaan, tetapi ‘memudahkan cara’ itu pun sudah meringankan beban.

makcik pejuang kanser

Bak kata Ganesan: “Kadangkala, orang tak nak duit dihulur, mereka nak kerja. Supaya kelangsungan hidup terjamin. Kita nak tolong, tak semestinya kasi duit je. Tolong dari apa segi pun, asalkan ikhlas.”

Rata-rata warganet yang mengikuti kisah yang dikongsikan Ganesan memberikan reaksi positif dan masing-masing memuji kesungguhan mereka membantu meskipun dengan individu tidak dikenali.

makcik pejuang kanser

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca