KISAH tragis lelaki ditemui maut dipercayai dipukul isteri menyentuh hati ramai. Jiran mereka mendedahkan wanita berkenaan seperti mengalami masalah mental selain menunjukkan sikap garang dan kerap marah.

Lelaki ditemukan maut, terbaring dalam rumah Flat Nipah, Taman Daya, Johor. Lebih menyedihkan insiden berkenaan dipercayai turut disaksikan anak mereka yang berusia 11 tahun.

Mangsa yang dikenali sebagai Lee Ming Flow, 44, dan suspek yang berumur 35 tahun memiliki seorang lagi anak kecil berumur dua tahun.

Wanita berkenaan ditahan manakala polis juga masih menyiasat senjata dan motif kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca juga: Kejam! Kanak-kanak perempuan 11 tahun maut dipercayai dijerut ibu, 7 fakta berkaitan

Baca juga: Di mana Jude Angel? Bayi 18 bulan hilang di Beaufort, Sabah belum ditemui

Kredit foto: BERNAMA

Sementara itu, seorang penduduk Zaidah Neng, 46, berkata pasangan suami isteri itu kerap bergaduh dan wanita tersebut pernah ditahan polis sebelum ini.

“Saya memang kenal pasangan suami isteri berkenaan, tetapi kami tidaklah terlalu rapat cuma dia selalu datang beli burger di gerai saya.

“Wanita berkenaan baik sahaja orangnya, cuma dia seperti ada masalah mental, jadi ada ketikanya dia akan bertindak garang dan kerap marah-marah serta bercakap seorang dalam bahasa Mandarin,” katanya kepada Bernama.

Baca juga: Keganasan rumah tangga perlu dihentikan. Luka penderaan ragut emosi isteri, ibu- Jasebel Robert

Kredit foto: BERNAMA

Sebelum ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkongsi beberapa sebab suami cenderung didera isteri

Antaranya seperti berikut;

Iklan

1.Lelaki kurang terbuka untuk berkongsi
2.Faktor lelaki didera berpunca daripada tekanan dalam rumah tangga
3.Pasangan cemburu apabila mengesyaki suami ada orang ketiga.

Baca juga: Kenali tanda 5 jenis kemurungan wanita, bukan efek emosi saja, fizikal turut terjejas

Kredit foto: Canva

Jika anda salah seorang daripadanya, dapatkan perlindungan dengan melaporkan keganasan yang berlaku. Mangsa keganasan rumah tangga akan dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Kumpulan yang dilindungi adalah seperti berikut;
-Isteri atau suami/bekas isteri atau bekas suami
– Orang dewasa yang tidak berupaya (contoh: warga emas, OKU) – Kanak-kanak (bawah 18 tahun)
– Mana-mana anggota keluarga lain yang tinggal bersama

Iklan

Baca juga: Simpati nasib murid berdepan trauma PTSD dan sering bertukar keluarga angkat, guru muda ini ambil tindakan luar biasa

Sumber: Bernama, Jabatan Penerangan Malaysia, Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.