Warganet pilu, 5 anak termasuk bayi kembar hilang ibu sekelip mata, kereta dipandu bapa rempuh treler

A
A
A

LIMA orang kanak-kanak termasuk sepasang bayi kembar menjadi piatu sekelip mata selepas kereta dipandu bapa merempuh treler. Kejadian tragis itu benar-benar menyentuh hati warganet

Lebih memilukan, beberapa foto beredar di laman sosial memaparkan bayi kembar dipangku dan seorang kanak-kanak lelaki sedang ditenangkan anggota bomba dan penyelamat serta orang awam.

Baca juga: Anak tak sempat bergelar doktor maut dilanggar bas universiti, ibu tuntut pampasan RM8.1 juta

Ujar mereka:

-“Innalillah wainnalillah hirojiun. Salam takziah. Allahu ada bayi kembar.”

-“Innalillahiwainnalillahirajiun. Al-Fatihah. Mungkin pemandu tidak dapat mengagak kelajuan treler yang terlalu perlahan di lebuh raya.”

-“Bukankah 6.30 pagi hingga 9.30 pagi kenderaan berat dilarang lalu di situ?”

-“Kalau kita perhatikan kenderaan berat yang parkir di tepi lebuh raya kerana parkir RNR penuh atau mereka tidak mahu parking dalam (RNR). Segelintir pemandu kenderaan berat tidak memasang lampu gelap gelita, pelekat pemantul cahaya pun tiada. Sesetengah RNR hanya terang di kawasannya sahaja, jalan masuk dan keluar gelap.”

-"Tidak terbayang apabila kedua-duanya hendak menyusu. Semoga ALAH SWT permudahkan urusanmu wahai anak."

Baca juga: Lelaki dilanggar, hampir digilis lori kontena di stesen minyak, pemandu dikecam cuai, berikut 8 info kes

Sekelip mata kejadian memilukan itu menjadi tular di laman sosial. Berikut 10 info berkaitan mendedahkan kronologi kejadian:

1-Kemalangan difahamkan berlaku berhampiran restoran jejantas Sungai Buloh di Lebuh Raya Utara Selatan menghala Kuala Lumpur.

2- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.10 pagi. Seramai lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.

3-Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda Accord yang dinaiki sepasang suami isteri dan lima anak mereka.

4-Kenderaan berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah treler pada laluan yang sama.

5-Di dalam nahas, si isteri maut manakala suami dan lima anak mereka cedera.

6-Lebih menyedihkan, menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata akibat kemalangan itu, wanita yang berusia 38 tahun itu tersepit di bahagian penumpang hadapan.

7-Wanita berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

8-Suami mangsa yang berusia 50 tahun dan anak perempuan mereka berusia 11 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah.

9-Empat lagi anak mereka termasuk pasangan kembar lelaki berusia antara lapan tahun hingga lapan bulan mengalami cedera ringan.

10-Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut.

Baca juga: Tiga beranak sehidup semati maut rempuh lori baiki jalan, rasa tidak sedap hati ayah akhirnya terjawab

TITIK BUTA LORI

Kredit foto: Pexels

Titik buta atau blind spot merupakan kawasan sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat secara langsung oleh pemandu. Ia merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Setiap kenderaan mempunyai kawasan titik buta tersendiri yang mana pemandunya tidak dapat melihat kenderaan lain yang mengekori terlalu rapat ataupun sedang memotong. Hal ini disebabkan oleh reka bentuk kenderaan tersebut dan penglihatan pemandu yang terbatas.

Banyak kemalangan dan kematian berlaku akibat daripada perlanggaran di bahagian titik buta.

Statistik negara maju menunjukkan 840,000 kemalangan titik buta berakhir dengan 300 kematian. Itu negara maju. Malaysia bagaimana? Mungkin lebih tinggi.

Jadi, jika anda nampak lori di hadapan atau di belakang kenderaan, pastikan mengambil langkah-langkah pencegahan dengan tidak berada terlalu lama di bahagian titik buta.

Lakukan lima tip berikut:

i-Jangan berada terlalu lama di titik buta lori

ii-Potong secepat mungkin

iii-Jangan potong sebelah kiri

iv-Jangan mencelah antara kenderaan

v-Jika tidak mampu memotong, jaga jarak dengan lori 91 hingga 100 meter

Baca juga: Kemalangan maut 9 beranak: Suami diserap kakitangan tetap, anak tidak terlibat nahas ditaja pendidikan

Sumber: Bernama, Public Health, 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca