Jangan lupa follow kami di Instagram!

HIMPUNAN Hartal Doktor Kontrak kini berlangsung di beberapa lokasi dan membabitkan kakitangan dan pegawai perubatan kontrak. Ia dijangka berterusan selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Warga maya melahirkan rasa sedih dan menyelami perasaan para doktor yang berstatus kontrak melakukan mogok demi mendapatkan pertimbangan agar diberikan jawatan tetap serta peluang menyambung pelajaran.

– “Bayangkan anda penat belajar nak dapatkan tempat di medical school. Belajar teruk-teruk dari sekolah sampai grad jadi doktor. Last last kerja kontrak sahaja dengan kerajaan. Dan tugas doktor bukannya mudah. Saya sokong doktor-doktor.”

– “Mereka juga manusia, mereka pun frontliner. Kebajikan mereka patut diutamakan.”

– “Mereka ini barisan hadapan paling penting, kenapa tak bagi tetap saja. Kan selesai masalah, kerajaan sila ambil perhatian.”

– “Doktor kan sepanjang masa diperlukan, kerajaan patut bagi jawatan tetap kepada mereka. Penat belajar, kerja mereka bukan mudah.

Demikian komen yang diberikan warganet berkenaan dengan mogok yang dilancarkan oleh para pegawai perubatan dan kakitangan perubatan berstatus kontrak.

Rata-rata bersimpati dan berharap tuntunan dipenuhi memandangkan tugas mereka yang berat dan sibuk, lebih-lebih lagi semasa pandemik Covid-19 memuncak ketika ini.

Antara lokasi yang terlibat ialah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Melaka dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Kempen tersebut dipercayai berlangsung di 24 buah hospital di seluruh negara bagi menyatakan solidariti terhadap status perkhidmatan kontrak dan meminta supaya kerajaan menyerap mereka semua ke perjawatan tetap.

Ia antara lain turut mendesak doktor kontrak diserapkan ke jawatan tetap berikutan bebanan kerja yang dilakukan sama seperti doktor berjawatan tetap.

Mogok ini sama sekali tidak bertujuan sebagai demonstrasi atau penentangan sebaliknya hanya ingin menyeru agar tuntutan mereka mendapat perhatian.

 

 

 

 

 

Kredit foto: The Malaysian Insight

 

Iklan

 

 

 

Iklan

 

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan perlantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.

Perhimpunan tersebut bagaimanapun tidak mendapat kebenaran daripada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), terutama pada saat negara sedang memerangi wabak COVID-19.

Difahamkan, polis akan membuka kertas siasatan berhubung tindakan sekumpulan pegawai perubatan kontrak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang berkumpul dalam Hartal Doktor Kontrak hari ini.

Foto: Facebook Rizal Hakim