‘What a plot twist you were.’ Dhabitah dedah detik perkenalan dengan suami, rupanya cinta lokasi

A
A
A

‘What a plot twist you were.’ Atlet terjun negara, Dhabitah dedah detik perkenalan dengan suami, rupanya cinta lokasi

PERNIKAHAN bintang terjun negara, Nur Dhabitah Sabri, 23,  baru-baru ini mengejutkan para peminat.

Selamat bergelar isteri kepada pelakon dan pelawak, Jiggy Masin atau Mohamad Aizat Ahmad Nazri, 33, baru-baru ini, atlet kesayangan Malaysia itu buka mulut tentang detik manis pertemuan pertama yang membawa ke jenjang pelamin.

Baca juga: Nur Dhabitah kini bergelar isteri, suri hati Jiggy Masin dengan sekali lafaz

Menerusi Instagram, Dhabitah memuat naik sebuah video yang memaparkan beliau dan suami bertentang mata buat kali pertama ketika penggambaram sebuah rancangan televisyen.

“‘What a plot twist you were,” titip Dhabitah.

Video yang dikongsi Dhabitah memaparkan satu babak dalam sebuah program yang dibintangi mereka. Jiggy lemas di dalam kolam renang kemudian diselamatkan Dhabitah yang turut memberikan bantuan kecemasan.

Baca juga:Rangkul emas pertama acara terjun Sukan SEA 2021, berikut 5 info membanggakan Dhabitah

Rakan atlet dan warganet mengusik pasangan itu di samping menitipkan doa agar kedua-duanya bahagia selalu.

- “Hensem dan comel bergabung.”

- “OMGGG! Congrats.”

- “Congratulations Bitah and husband!”

- “Tahniah. Cinta lokasi, selamat pengantin baru.”

- “Macam tak percaya jer Bitah & Jiggy. Cantik sangat bertudung. Tahniah dan selamat pengantin baru.”

- "Geramnya part jatuh cinta tepi kolam tu @jiggymasin. Congrats kalian."

Baca juga: Tahniah! Nur Dhabitah raih perak kedua di Birmingham, 7 info berkaitan

Sebelum ini Jiggy memaklumkan beliau dan Dhabitah tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan mereka namun memilih untuk berkongsi berita gembira itu pada waktu yang sesuai.

Buat masa ini, Jiggy memaklumkan mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi namun belum ada tarikh memandangkan Dhabitah akan menjalani sesi latihan di China selama sebulan.

Malah atlet kelahiran Kuala Lumpur itu juga sedang sibuk dengan persediaan pelbagai kejohanan berprestij iaitu Olimpik dan Sukan SEA.

Baca juga: Rangkul emas pertama acara terjun Sukan SEA 2021, berikut 5 info membanggakan Dhabitah

Sumber: Instagram Nur Dhabitah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca