LAZIMNYA, majlis perpisahan akan disambut dengan tema Melayu klasik atau retro, Arabian mahupun warna tertentu. Namun acara yang turut dikenali sebagai majlis sanjungan budi anjuran sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) ini sangat unik hingga tular di media sosial!

Menerusi laman TikTok rumoh.kome, idea berkenaan tercetus susulan melancong adalah kegemaran empunya diri yang diraikan iaitu Puan Gan.

“Majlis persaraan guru besar sekolah saya. Disebabkan guru besar suka melancong, so sekolah decide untuk buat tema percutian,” titipnya.

Walaupun majlis berkenaan dianjurkan di pekarangan sekolah, namun kemeriahannya terserlah. Keativiti para guru mengatur ruang, props dan atur cara majlis menjadikan ia begitu unik.

Baca juga: Kenang jasa cikgu Matematik, alumni TKC hadiahkan Perodua Aruz dibayar ‘lump-sum’ sempena persaraan

Menerusi video yang berdurasi 42 saat itu, para tetamu dilihat melalui kaunter tiket ‘ala KLIA’ dan akan menerima buku acara yang dicetak seperti pasport dan tiket.

Selepas itu para tetamu self check-in aakan melalui pemeriksaan keselamatan (security check).

Masuk ke ruang ‘terminal’, sebuah skrin besar sebagai departure information board menunjukkan waktu penerbangan.

Baca juga: Perkongsian guru mengajar di pulau, tiap hari naik bot, van demi didik anak bangsa, raih perhatian warganet

Baca juga: Seorang je Tahun Enam, cikgu kongsi kisah sekolah 10 orang murid di Sabah. ‘Dia ketua kelas, dialah pengawas’

Ketibaan para tetamu disambut para guru yang memakai pakaian seragam pramugari dan juruterbang yang siap menunjukkan cara memakai jaket keselamatan.

Tidak lama selepas itu, skrin menunjukkan kapal terbang take-off manakala para pramugari mengedarkan snek berupa kacang dan air mineral kepada para tetamu.

Para tetamu kemudian dihidangkan dengan persembahan pentas oleh murid yang mengambil bahagian.

Baca juga: 1 dari 5 kanak-kanak Malaysia bantut. Buka sekolah anak masih muat baju lama, kurang membesar masa pandemik

Baca juga: Murid pedalaman tiada internet, guru sanggup redah laluan sukar hantar bahan pembelajaran

Baca juga: Alhamdulillah, pemakaian baju sukan sekolah diteruskan bagi sesi 2024/2025, 5 info perlu tahu

Acara kemuncak ialah guru besar yang diraikan menaiki sky lift sebagai simbolik penerbangan.

Warga maya teruja dengan kreativiti penganjuran majlis berkenaan hingga menjadikan ia begitu ‘real‘ biarpun diadakan di sekolah.

Tidak kurang juga memuji kecanggihan peralatan dan kos penganjuran yang ditanggung para penyumbang.

Iklan

– “See actually tak payah buat event di hotel, di sekolah pun sudah cukup. Yang penting creative dan pandai cari dana.”

– “Bestnya. Kalau sekolah lain dari zaman dulu tema perkahwinan sampai ke sudah.”

– “Alahai real macam kat airport. Kreatif betul. Tak terfikir kita nak buat macam ni.”

– “Hebat komitmen dan effort yang diberikan.”

– Wow best nya. Semestinya Guru Besar ini baik dan disayangi staf. Tahniah cikgu-cikgu yang menjadi pelaksana majlis.”

– “Tukang buat deco hadir 😁. Such a creative concept and we glad to be part of this.”

– Skylift tu sewa kira jam. Kalau sekolah tak bayar mungkin ada ibu bapa yang sponsor. Apapun terbaik event sekolah ni.”

Iklan

– “Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC memang supportive kerana mereka mahu berikan keselesaan kepada anak-anak. Jangan pelik kalau sebahagian kelas siap ada pendingin hawa.”

– “Pernah mengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina! Selain PIBG dan Lembaga Pengelola, alumni juga rajin menyumbang berjuta-juta. Sekolah ada kanopi dan kelas ada aircond.

– “Dewan sekolah pun sudah dilengkapi LED screen tu. Senang kerja cikgu, tak payah fikir buat back drop untuk apa-apa majlis.”

Sumber: @rumoh.kome

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!