ZAHIR penghargaan kepada penunggang penghantaran (rider) seluruh negara, McDonald’s Malaysia beri makanan percuma menerusi inisiatif #MekdiBelanjaRider, Jumaat lalu.

Jumaat lalu, McDonald’s Malaysia telah menyumbangkan hidangan McChicken percuma kepada 65,000 penunggang penghantaran atau rider di seluruh negara sebagai tanda penghargaan atas kegigihan dan kerja keras mereka setiap hari.

Usaha tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif #MekdiBelanjaRider #LekluKitakanFamili #LekluMcDBelanjaRider oleh restoran perkhidmatan pantas itu bagi menggalakkan rakyat Malaysia agar turut sama menzahirkan penghargaan kepada wira dan wirawati yang tidak didendangkan dalam industri perkhidmatan iaitu para penunggang penghantaran kita.

Selain daripada rider McDelivery Service (MDS), semua penunggang penghantaran lain juga telah diberikan peluang menebus hidangan McChicken percuma mereka di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara pada hari tersebut.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, rider bekerja setiap masa tanpa mengira penat dan lelah menghantar makanan kepada orang ramai.

“Tidak kira hujan atau panas, kita sering melihat penunggang penghantaran bekerja keras tanpa mengira penat lelah sepanjang hari bagi memastikan kesemua hidangan dihantar tepat pada masanya kepada para pelanggan.

Baca juga Anak yatim teruja dibawa menonton filem Minions

Zahir penghargaan, McDonald’s Malaysia belanja 65,000 rider hidangan percuma

“Kita jarang mengambil berat terhadap rider ini yang membolehkan para pelanggan menikmati hidangan kegemaran mereka dengan selesa di rumah atau di pejabat, pada bila-bila masa dan tidak kira di mana jua.

“Menerusi inisiatif ini, kami mahu menggalakkan rakyat Malaysia agar bersama-sama menzahirkan penghargaan kepada semua penunggang penghantaran di luar sana; dan kepada semua rider ini, berehat dan nikmatilah hidangan McChicken percuma yang disediakan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada rider atas komitmen berterusan dalam mengutamakan pelanggan, dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk semua.

Inisiatif baik daripada McDonald’s Malaysia itu memberi pelbagai manfaat buat rider, ujar mereka;

  1. “Saya bekerja keras adalah untuk anak-anak kerana menyara dan memberikan mereka yang terbaik dengan sepenuh kudrat adalah aspek kehidupan yang terpenting bagi saya. Saya amat bersyukur kerana suami menyokong kerjaya pilihan saya sebagai seorang rider. Tambah lagi, dengan penghargaan yang berterusan oleh McDonald’s kepada semua rider di seluruh negara, saya rasa kerja ini sangat berbaloi apabila saya dapat menyara keluarga dan dihargai pada masa yang sama.”

– Ibu kepada lima orang cahaya mata, Noorasshikin Mohd Nor

Iklan

2. “Sebagai ayah kepada empat orang anak, saya sentiasa mencari jalan untuk menyara mereka sambil menumpukan perhatian terhadap kerjaya saya. Saya adalah seorang jurutera IT dan atlet Perahu Naga kebangsaan. Saya mula bekerja sebagai rider secara sambilan kerana waktu bekerjanya yang fleksibel membolehkan saya masih komited sebagai jurutera IT dan atlet, dan dalam masa yang sama saya dapat menjana pendapatan tambahan. Tugas sebagai seorang rider sememangnya mencabar kerana kita perlu membuat penghantaran walaupun cuaca dalam keadaan buruk. Namun semuanya jadi berbaloi setiap kali saya melihat senyuman yang terukir pada wajah pelanggan apabila saya berjaya menghantarkan makanan kepada mereka yang sedang menunggu dengan penuh sabar. Tiada apa yang dapat menandingi kegembiraan yang jelas terpancar di wajah mereka. Saya fikir inilah yang memberi motivasi kepada saya untuk terus menjadi rider dan memberikan perkhidmatan penghantaran yang terbaik.”

– Muhammad Aliff Nur Bin Mohammad Yunus

Baca juga Sanggup berhabis duit, sewakan rumah untuk pelajar hampir 2 bulan, pengorbanan guru ini buat netizen sebak

Zahir penghargaan, McDonald’s Malaysia belanja 65,000 rider hidangan percuma

Iklan

3. “Saya mempunyai pengalaman selama lima tahun sebagai seorang rider dan setiap hari adalah hari yang menarik bagi saya. Pelanggan dan restoranlah yang membuat saya gembira menjadi seorang rider apabila mereka menghargai kami. Salah satu pengalaman manis yang tidak boleh saya lupakan ialah apabila rider dijulang sama seperti para petugas barisan semasa perintah kawalan pergerakan. Ini merupakan suatu pengiktirafan yang bermakna dan signifikan terhadap kerjaya kami dan apabila kami melihat wajah pelanggan yang gembira semasa menghantarkan makanan mereka, ia memberi kepuasan yang tidak terhingga dan sememangnya memberikan impak positif terhadap kerjaya saya.”

– Mohamad Khairan Hadafi Bin Mohammad Fauzi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.