'Ambil mata saya kak...'Lelaki ini tawar jadi penderma organ secara terbuka untuk Qaiser Ali, buat ramai sebak!

No Image Caption
A
A
A

SEORANG lelaki berusia 50 tahun menyatakan hasrat ingin menderma mata kepada Qaiser Ali Naim Kagama yang menghidap barah retina di kedua-dua matanya.

Sebelum itu tular video Khairunnisa Mustafa berkongsi rutin hariannya yang perlu memasang mata palsu kepada anaknya sebelum ke sekolah setiap hari.

Mengenang akan kesusahan yang dihadapi kanak-kanak berusia enam tahun itu, lelaki yang dikenali sebagai Yusoff telah menyuarakan hasrat secara terbuka di ruangan komen.

"ALLAH...nanti saya mati ambillah mata saya kak, saya ikhlas, kak boleh dm saya.

Mengetahui niat murni itu, Khairunnisa yang juga pemilik akaun Tiktok @simataburunghantu amat berterima kasih atas kesanggupan orang awam berkenaan untuk mendermakan mata buat anak lelakinya itu.

No Image Caption

Namun hakikatnya, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata operasi pemindahan mata tidak dapat dilakukan susulan penyakit yang dihadapi anaknya itu membabitkan kerosakan retina.

"ALLAH baiknya hati awak, terima kasih banyak-banyak.

"Semoga niat ikhlas awak dipermudahkan hendak-NYA.

"Kalau boleh ganti, abah dia lah orang pertama derma pada dia, hakikatnya tak boleh sebab ia melibatkan retina,'ujarnya.

Qaiser disahkan menghidap bilateral retinoblastoma sejak berusia lapan bulan dan mata kirinya terpaksa dibuang pada usia 10 bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang