10 jenis makanan supaya jantung sihat

A
A
A

Foto SUMBER INTERNET

"INNALILLAH HIWAINNA ILAHIROJIUN... baru semalam kami berjumpa. Hari ni, dia dah tak ada..."

Biasa kita dengar dialog begitu, bukan? Sememangnya DIA juga yang telah menetapkan masa untuk kita kembali menghadap-NYA.

Apa pun, lazimnya situasi kematian mengejut dikaitkan dengan penyakit jantung. Sememangnya 'enjin' utama tubuh manusia itu perlu dijaga sebaiknya. Salah satu kaedahnya adalah melalui pemakanan.

Berikut perkongsian bermanfaat oleh Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Unit Sajian, Hospital Kuala Penyu, B Nithyawathi untuk penjagaan jantung.

Menurutnya, jantung merupakan organ penting manusia. Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan.

Justeru, makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat yang disusun oleh Nithyawathi:

1. Makanan beroat

Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu, ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat low-density lipoprotein (LDL) dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2. Salmon

Ikan yang kaya asid lemak omega-3 efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.

“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com, Stephen T Sinatra, MD.

3. Avokado

Menambah lemak sihat ke dalam diet. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL (lemak baik) dalam tubuh.

4. Minyak zaitun

Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu. Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5. Kekacang

Kacang-kacang seperti walnat dan badam.

6. Beri

Beri biru, raspberi, strawberi dan jenis beri lainnya kaya antiradangan. Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

7. Kacang pis

Tambah pengambilan kacang pis, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8. Bayam

Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9. Biji rami (linseed)

Biji rami kaya dengan serat dan omega-6. Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

10. Kacang soya

Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.

Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.

Sumber: http://hkp.moh.gov.my/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca