10 makanan tambah darah buat anda yang Anemia

A
A
A

ANEMIA amat berbahaya kerana ia adalah penyakit kekurangan darah merah. Pesakit Anemia boleh menjadi lemah, tidak bermaya, pening, pucat, ingin muntah dan selalu rasa sejuk di kaki kerana darah tidak sampai ke kaki.

Selain ubat doktor, terdapat juga makanan yang mampu menambah sel darah dalam badan kita. Ini antara 10 makanan itu.

1. Kurma

10 makanan tambah darah buat anda yang Anemia

Kurma mampu meningkatkan penghasilan sel darah merah selain memberi tenaga kepada badan kita.

2. Madu

10 makanan tambah darah buat anda yang Anemia

Madu juga mampu menambah sel darah merah dalam badan. Anda boleh makan madu begitu sahaja atau tambahkan ia dalam minuman sebagai penganti gula. Pastikan anda menggunakan madu asli bukan tiruan.

3. Buah delima

10 makanan tambah darah buat anda yang Anemia

Buah delima kaya dengan zat besi yang mampu meningkatkan penghasilan sel darah merah.

4. Kuning telur

10 makanan tambah darah buat anda yang Anemia

Kuning telur kaya dengan pelbagai nutrien termasuk protein, kalsium, vitamin dan zat besi yang diperlukan oleh pesakit Anemia. Nutrien ini mampu mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.

5. Bayam

10 makanan tambah darah buat anda yang Anemia

Bayam adalah sayuran hijau yang tinggi nilai zat besi. Zat besi amat diperlukan oleh pesakit Anemia untuk tambah darah.

6. Kerang

10 makanan tambah darah buat anda yang Anemia

Kerang adalah makanan laut yang tinggi nilai zat besi. Anda boleh masak perbagai resipi dengan mengunakan kerang agar tidak bosan dengan menu sama selain membantu menambah darah.

7. Jambu batu

Jambu batu mengandungi vitamin C di mana vitamin C ini akan membantu meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh.

8. Tembikai

10 makanan tambah darah buat anda yang Anemia

Tembikai kaya dengan vitamin A yang mampu meningkatkan jumlah sel darah merah. Selain tembikai juga membantu zat besi dalam membawa haemoglobin ke seluruh sel dalam badan.

9. Ikan

10 makanan tambah darah buat anda yang Anemia

Selain kerang ikan juga mampu menambah darah. Ini kerana ikan mengandungi omega 3 dan vitamin b12 yang membantu pembentukan sel darah merah. Antara ikan yang sesuai diamalkan ialah ikan salmon dan ikan patin.

10. Pisang

10 makanan tambah darah buat anda yang Anemia

Buah pisang kaya dengan asid folat di mana ia akan membantu dalam penghasilan sel darah merah yang baru. Makan 2 biji pisang sehari adalah yang terbaik.

Inilah 10 jenis makanan yang perlu diambil oleh pesakit Anemia untuk meningkatkan sel darah merah dalam badan. Amalkan ya.

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: Bidadari.my

Foto: freepik, unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca