Rangup dikunyah, kacang botak kudapan raya paling mudah modal pun murah jer

MENJELANG ketibaan Hari Raya Aidilfitri, orang ramai mula membuat
persiapan membeli keperluan menyambut lebaran khususnya baju raya.

Keadaan itu dapat dilihat di pusat-pusat beli-belah dengan pengunjung membeli
pelbagai kelengkapan dihajati untuk digayakan pada 1 Syawal ini.

Pembelian awal membolehkan pengunjung mempunyai lebih banyak pilihan berbanding
membeli saat akhir sekali gus mengelakkan bersesak-sesak di pusat beli-belah.

Seperti kebiasaan bila nak menyambut Syawal mesti ada menu yang wajib terhidang atas
meja bagi memeriahkan lagi suasana hari raya.

Cuba juga Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu

Antara makanan yang menarik perhatian selain makanan berat adalah kudapan raya.

Bila sebut sahaja kudap-kudapan, salah satu yang popular adalah kacang botak. Rangup krup krap bila dikunyah, sedar tak sedar habis sebalang.

Rupanya senang sahaja nak membuatnya, mak-mak kena cuba buat sendiri baru puas hati dapat hasilnya. Yang penting modalnya ciput sahaja.

Bahan-bahannya;

  • 400g kacang tanah
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 kiub ikan bilis ( boleh juga perisa tomyam)
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras

Baca juga Kacang cerdik boleh kurangkan risiko kanser kolon? Berikut 6 kebaikan pistachio yang perlu tahu

Cara membuatnya;

Iklan

1. Bersihkan kacang tanah, basuh dan terus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering. (Boleh juga diletakkan dalam oven sekejap).

2. Campur semua bahan kecuali tepung di dalam bekas dan gaul sebati. Masukkan tepung gandum dan beras. Gaul lagi sampai sebati.

3. Panaskan minyak dan goreng kacang yang digaul tadi dengan api sederhana. Pastikan ia keperangan tidak terlebih garing.

4. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak akan terbentuk, masukkan kacang terus kacau jangan berenti untuk elakkan kacang melekat. Goreng sehingga masak.

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Are Peace

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.