3 resipi mudah makanan bayi 7 bulan ke atas
APABILA bayi sudah mencapai usia 7 bulan, mereka sudah boleh untuk diberi makanan pejal seperti puri atau bubur.
Bagi ibu bapa yang ‘kering idea‘ tak tahu nak masak apa, jom buat tiga resipi mudah ini untuk hilangkan rasa bosan bayi sebab asyik bagi makan benda yang sama je kan tapi yang paling resipi ini penting sangat mudah dan berkhasiat!
Ini antara resipi yang ibu bapa boleh cuba di rumah:
1. Bubur labu, ubi kentang & kurma
Foto: rida shafie
Bahan-bahan:
Labu
Sebiji ubi kentang
3 biji buah kurma
Cara penyediaan:
Rebus kentang dan labu terlebih dahulu sehingga lembut dan lenyekkan di atas pinggan labu dan kentang yang telah direbus tadi kemudian campurkan kurma supaya dapat rasa kemanisan dalam bubur yang kita buat. Masukkan bahan yang telah dilenyek tadi ke dalam pengisar tambah sedikit air dan kisah sehingga hancur dan sebati.
2. Jejari kentang
Foto: happybabyfoodsmalaysia
Bahan-bahan:
1 biji kentang
2 sudu tepung jagung
Lobak merah
Brokoli
Cara penyediaannya:
Stim sekejap lobak merah dan brokoli kemudian cincang lobak merah dan brokoli tadi. Rebus ubi kentang sehingga lembut dan lenyekkan ubi ketang dan masukkan tepung jagung, lobak merah dan brokoli. Uli sehingga sebati dan bentukkan jejari. Panaskan kuali dan goreng dengan api yang sederhana sehingga kekuningan.
3. Banana cinammon toast
Foto: Onehandedcooks.com.au
Bahan-bahan:
1 keping roti (dipotong menjadi bentuk fingers)
1 biji pisang
60ml susu ibu / susu formula
Serbuk kayu manis
Cara penyediaan:
Lenyekkan pisang, susu, dan sedikit serbuk kayu manis di dalam mangkuk sehingga sebati. Celupkan roti di dalam adunan yang sudah dilenyekkan tadi kemudian panaskan di atas kuali selama 1 ke 2 minit hingga keemasan. Mudah dan siap untuk dihidang!
Kenal pasti selera dan makanan kesukaan bayi anda dan pada masa yang sama cubalah perkenalkan menu dan rasa yang baru sesama si comel membesar.
PENULIS: FATIN SYAZWANI MOHD HANIF
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang