4 cara senaman mata elak rabun, perlu amalkan selalu

A
A
A

JIKA diamati kini, kanak-kanak yang berusia seawal empat atau tujuh tahun sudah memakai cermin mata kerana mempunyai masalah rabun jauh.

Lapor rootofscience.com, pada awal usia kanak-kanak sehingga dewasa, mereka akan menghidapi rabun jauh, manakala kebanyakan warga emas berdepan dengan masalah rabun dekat.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pelajar-pelajar di sekolah akan menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurang setahun sekali.

Mereka yang mempunyai masalah penglihatan akan diberi nasihat dan rawatan secara berterusan melalui peruntukan yang diberi.

Jadi, pada hari ini SinarPlus ingin kongsikan 4 petua mengurangkan rabun paling berkesan seperti yang disyorkan oleh laman web onhealth.com. Berikut perinciannya:

i) Sekiranya menggunakan komputer, pada setiap 10 minit anda disarankan melihat ke arah objek yang jaraknya lebih kurang 3 meter.

Lihatlah apa sahaja yang jaraknya tiga meter. Namun, lebih baik kita melihat ciptaan alam semula jadi seperti pokok.

Pandang objek berkenaan dalam lima minit sebelum mata kembali melihat skrin komputer.

Jika anda juga seorang pembaca tegar, juga boleh amalkan kaedah di atas.

ii) Jangan bermain permainan video seperti playstation, Xbox dan sebagainya.

Cuba kurangkan had bermain seperti dua kali seminggu dan tidak melebihi daripada satu jam. Kemudian, kurangkan lagi kepada satu minggu hanya sekali sahaja.

Permainan video akan memberi ketegangan yang tinggi pada mata, jika dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan mata.

iii) Cuba melihat hanya pada benda-benda fokus sama ada jauh mahupun dekat.

Sebagai contoh, jangan melihat semua benda sambil mata melilau ke kiri kanan.

Ia akan menyebabkan mata kita cepat letih dan melambatkan proses penyembuhan mata. Jangan paksa sehingga menyebabkan ketegangan mata yang tinggi.

iv) Tampalkan setem pada tingkap rumah ataupun pejabat.

Berdiri berhadapan dengan setem dengan jarak mata dengan setem hanya 30 sentimeter.

Lihat setem itu sehingga fokus atau setajam yang boleh. Kemudian, lihat benda jauh di luar tingkap dan kemudian lihat setem kembali. Ulang langkah tersebut sebanyak 41 kali.

Apabila kita berasa otot mata sudah mula kuat, kita boleh tambah bilangan.

Ia adalah latihan hebat untuk melatih kekuatan otot mata dan meningkatkan proses penyembuhan mata.

Artikel berkiatan: Sayur, buah berwarna kuning dan jingga punyai antioksidan bantu rawat mata rabun

Pun demikian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia pernah berkongsi masalah rabun jauh (nearsighted) atau rabun dekat (nearsightedness) juga berpunca daripada persekitaran.

Ia berlaku kerana mereka yang tidak meluangkan masa yang banyak di luar rumah untuk melakukan aktiviti di luar menyebabkan masalah rabun berlaku.

Semoga ilmu yang dikongsikan di atas memberi manfaat kepada semua pembaca.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca