4 lagi resipi Dalgona yang wajib cuba di rumah

4 lagi resipi Dalgona yang wajib cuba di rumah
4 lagi resipi Dalgona yang wajib cuba di rumah
A
A
A

KINI rata-rata rakyat Malaysia sudah mencuba resipi kopi viral ini. Hasilnya sangat membuatkan kita rasa teruja sebab cara membuatnya sangat mudah dan sedap.

Resipi asal kopi viral ini adalah dari Korea tetapi sudah diubah suai, dan ia juga bermula dari TikTok. Bukan hanya kopi sahaja boleh dibuat, tapi pelbagai jenis lagi boleh.

Jom ikuti empat lagi resipi Dalgona.

1. DALGONA MILO

Untuk yang tak suka kopi tapi nak cuba juga minuman viral ni, anda boleh cuba buat Dalgona Milo. Pasti ramai akan suka.

Bahan-bahan:

  • 2 sudu serbuk milo
  • 2 sudu gula pasir
  • 2 sudu air panas
  • Susu segar
  • Ais

Cara-caranya:

1. Campurkan serbuk milo, gula pasir, dan air panas ke dalam mangkuk. Selepas itu, pukul sehingga kembang.

2. Setelah bahan-bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais.

3. Siap! Anda boleh terus nikmati Dalgona Milo.

2. DALGONA OREO

Peminat oreo pasti menyukai resipi ini. Beza Dalgona Oreo ini dengan resipi Dalgona yang lain adalah susu yang digunakan dicampur bersama serbuk oreo.

Bahan-bahan:

  • 2 sudu serbuk Nescafe
  • 2 sudu gula pasir
  • 2 sudu air panas
  • Susu segar
  • Serbuk oreo
  • Ais

Cara-caranya:

1. Campurkan serbuk Nescafe, gula pasir, dan air panas ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang.

2. Setelah itu masukkan bahan tadi di dalam gelas bersama susu segar yang dicampur dengan serbuk oreo beserta ais.

3. DALGONA MATCHA

Ingin yang lebih berbeza? Anda boleh cuba menggunakan teh hijau untuk membuat dalgona. Walaupun resipi ini mungkin sedikit rumit, tapi ia pasti berbaloi.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu serbuk matcha
  • 1 putih telur
  • Setengah cawan gula pasir
  • Setengah cawan air
  • Susu segar
  • Ais

Cara-caranya:

1. Pukul sehingga kembang putih telur.

2. Dalam masa yang sama larutkan gula pasir di dalam air suam.

3. Setelah itu masukkan sedikit demi sedikit larutan air gula dan kacau bersama putih telur, larutan air gula dan serbuk matcha.

4. Bila sudah sebati masukkan di dalam gelas yang berisi susu segar.

5. Dalgona Matcha siap!

4. DALGONA TEH SUSU

Serbuk teh adalah dijadikan sebagai bahan utama. Dalgona teh susu pasti memberikan satu standard baru kepada teh susu.

Bahan-bahan:

  • 2 sudu serbuk teh
  • 2 sudu gula pasir
  • 2 sudu air panas
  • Susu segar
  • Ais

Cara-caranya:

1. Campurkan serbuk teh, gula pasir, dan air panas ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang.

2. Setelah bahan bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais.

3. Siap! Mudah sahaja kan?

Keempat-empat resipi ini mempunyai cara yang sama sahaja seperti membuat Dalgona Coffee. Cukup mudah dan sedap! Selamat mencuba.

FOTO: YOUTUBE

PENULIS: NURUL ADRIANA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca