5 sebab kenapa kita perlu hirup udara segar setiap pagi
BANGUN pagi, buka tingkap dan hirup udara segar pasti amat menenangkan. Namun ramai yang tidak tahu bahwa udara segar setiap pagi akan memberi kesan positif kepada tubuh badan. Mari kita lihat manfaat menghirup udara segar setiap pagi.
1.Mengurangkan stres
Memulakan hari anda dengan hirup udara segar amat bermanfaat. Ketika itu udara masih segar, belum ada ganguan bunyi bising kenderaan dan sebagainya akan memberikan anda terapi dalam mengurangkan stres. Lakukannya setiap hari agar anda berasa lebih tenang dan bahagia.
2.Menormalkan tekanan darah
Persekitaran udara yang tidak bersih turut menyumbang kepada masalah tekanan darah. Justeru, dengan menghirup udara segar setiap pagi akan membekalkan oksigen yang bersih dan segar ke seluruh organ badan termasuk jantung seterusnya mampu menormalkan tekanan darah.
3.Menguatkan sistem imunisasi
Dengan menghirup udara segar akan menyebabkan sel darah putih mendapat oksigen yang mencukupi. Sel darah putih ini berfungsi untuk membunuh bakteria dan benda asing. Apabila sel darah putih mendapat oksigen yang mencukupi maka ia dapat berfungsi dengan lebih efektif. Justeru, ia turut akan menguatkan sistem imunisasi badan anda.
4.Untuk kesihatan paru-paru
Tahukah anda setiap kali anda menghembuskan nafas, ia mengeluarkan gas yang tidak diperlukan oleh badan. Justeru, menghirup udara segar setiap pagi akan menggantikan gas yang dikeluarkan oleh badan seterusnya menyihatkan paru-paru anda.
5.Memberi tenaga
Dengan menghirup udara segar setiap pagi, badan anda akan mendapat kandungan oksigen yang cukup. Ini akan membuatkan semua organ dapat bekerja dengan lebih kuat termasuklah otak anda. Dengan itu anda akan lebih bertenaga dan hari anda akan menjadi produktif.
Mulai hari ini, pastikan anda hirup udara segar setiap pagi. Anda pasti akan mendapat hari yang ceria dan produktif.
Penulis: Suhaila Ali
Foto: Unsplash
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang