MASALAH keputihan merupakan antara salah satu dilema dalam kebanyakan wanita di seluruh dunia.

Masakan tidak, kemelut tersebut akan menyebabkan seseorang rasa tidak selesa di kawasan privasi. Lebih teruk, adakalanya boleh berlaku jangkitan yang tidak diingini.

Menurut lama web myhealth.gov.my, masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar dari faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kaum Hawa.

Ya! wanita masih perlukan lelaki. Impi yang menghargai, bukan mendera emosi

Buktinya, statistik menunjukkan hampir 75 peratus wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan isu itu berikutan daripada aktiviti seksual.

Pun demikian, ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan, malah menganggap ia sebagai suatu petanda biasa sebelum kitar haid.

Jadi, bagaimana kaedah terbaik untuk mengurangkan dilema penyakit itu?

Berikut beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Telegram Petua dan Kesihatan:

i) Hindari penggunaan sabun, gel dan sebagainya. Sebaliknya, hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj.

ii) Elakkan menyembur dengan air ke dalam faraj kerana ia boleh mengganggu keseimbangan flora bakteria di dalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

iii) Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama.

iv) Elak daripada memakai bedak pada kawasan kemaluan. Ini disebabkan partikel-partikel halus mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang.

Iklan

v) Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan penggunaan yang terlalu lama dan gunakan alas seluar dalam (pantyliner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.vi) Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ia akan memudaratkan keadaan.

vi) Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt dan sayur-sayuran hijau sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh daripada diserang mikroorganisma lain.

Oleh itu, setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan.

Iklan

Baca juga: 9 tanda bayi terkena jangkitan dek kuman ‘miss V’, rektum ibu ketika dilahirkan. Bahaya dibiarkan!

Jika keadaan itu semakin serius sehingga memerlukan rawatan perubatan, segeralah membuat pemeriksaan lanjut bersama doktor.

Semoga artikel ini bermanfaat kepada wanita di luar sana!

Jangan lupa follow kami di Instagram!