WABAK Covid-19 nampaknya terus ‘menggila’ di negara kita dan beberapa negara di seantero dunia. Terasa gerun dengan perkembangan baharu ini, namun kepada ALLAH jualah, kita memohon pertolongan-NYA agar pandemik yang tidak terjangkau dalam fikiran kita segera berakhir.

Setakat artikel ini ditulis, Malaysia telah merekodkan jangkitan kes Covid-19 sebanyak 16,880 kes dengan 5,345 (kes masih dirawat) dan 163 kematian.

Berdasarkan statistik dunia pula, 38,098,709 kes diunjukan, sementara jumlah kematian melebihi sejuta mangsa. Angka tepatnya, 1,086,412 orang. Nampaknya, penangan Covid-19 ini hampir menyamai wabak SARS, H1N1, Ebola dan MERS ketika menyerang manusia dahulu.

Jika dicongak kembali, sudah 11 bulan virus SARS-CoV-2 melanda.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memainkan peranan yang cukup berkesan dalam memaklumkan bagaimana jangkitan Covid-19 berlaku dan bagaimana ia boleh dicegah.

Berkenaan dengan vaksin pula, Pertubuhan Kesihatan Sedunia memaklumkan, terdapat 193 vaksin sedang dibangunkan oleh saintis-saintis berkaliber.

Daripada jumlah itu, sebanyak 42 daripada mereka berada dalam fasa penilaian klinikal dengan 11 daripadanya dalam fasa ketiga iaitu pelaksanaan ke atas manusia, kata Penasihat Khas Kesihatan Awam Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood ketika program Sinar Live bertajuk Vaksin Covid-19: Ada atau Tidak? yang disiarkan secara langsung di semua platfom Sinar Harian lima hari lalu.

Dr Jemilah juga berkata, vaksin Covid-19 dijangka siap selewatnya suku ketiga tahun depan, mengambil kira status halal untuk keperluan penduduk Islam.

Bercakap tentang virus daripada strain baharu itu, sebuah penyelidikan yang terhadap 509 pesakit Covid-19 di Amerika Syarikat yang bertajuk Frequent Neurologic Manifestations and Encephalopathy‐Associated Morbidity in Covid‐19 Patients seperti dipetik IDNT mendapati, lebih daripada 80 peratus pesakit positif COVID-19 menunjukkan gejala gangguan saraf.

Berikut merupakan huraian kepada pernyataan itu secara lebih terperinci:

1. Myalgia (Jumlah peratus: 44.8)
Myalgia adalah merujuk kepada kesakitan otot pada tendon, ligamen, otot, tulang dan pada organ-organ lain. Sebanyak 228 pesakit Covid-19 menunjukkan gejala berkenaan.
Lazimnya, walaupun sudah diberi ubat, rasa sakit masih lagi terasa.

 Covid-19: 7 gejala terbaharu babitkan gangguan saraf manusia berdasarkan kajian antarabangsa yang kita perlu tahu

2. Sakit kepala (Jumlah peratus: 37.7)
Sebanyak 192 pesakit Covid-19 telah mengadu sakit kepala. Antara kajian kes memaparkan situasi seorang wanita berusia 33 tahun yang tiba-tiba menderita sakit kepala yang melampau.
Selepas disemak, mangsa menghidap penyakit migrain yang merupakan salah satu gejala yang tidak melibatkan masalah pernafasan.
Seorang pakar dari Hospital Hartford, Dr. Sandhya Mehla berkata, ia merupakan gejala kelima yang kerap berlaku pada pesakit selain demam, batuk, sakit otot dan sesak nafas.

 Covid-19: 7 gejala terbaharu babitkan gangguan saraf manusia berdasarkan kajian antarabangsa yang kita perlu tahu

3. Encephalopathy (Jumlah peratus: 31.8)
      Encephalopathy merujuk kepada istilah kerosakan pada otak. Penelitian kajian itu menyebut encephalopathy adalah gejala neurologi yang paling berbahaya.
Salah seorang penyelidik, Dr Igor Koralnik yang bekerja di Klinik Neuro COVID-19 di Hospital Northwestern Memorial, Chicago mengatakan, encephalopathy didapati pada pesakit yang digelar long hauler (pesakit Covid-19 yang telah sembuh) dan pesakit Covid-19 yang tidak pernah dibawa ke hospital.

 Covid-19: 7 gejala terbaharu babitkan gangguan saraf manusia berdasarkan kajian antarabangsa yang kita perlu tahu

4. Pening (Jumlah peratus: 29.7)
Kajian juga menunjukkan, seramai 151 pesakit menunjukkan gejala pening.
Berdasarkan penyelidikan yang dipimpin oleh Dr Koralnik yang bertajuk Covid‐19: A Global Threat to the Nervous System yang melibatkan 214 pesakit Covid-19, 25 peratus daripadanya mengalami masalah itu iaitu kira-kira 17 peratus.
Penelitian tersebut diterbitkan dalam Jurnal Annals of Neurology pada Jun lalu.

Iklan

(Baca juga: [SENORITA KAYANGAN]: Guna mayat untuk buktikan virus Covid-19 bertahan 9 jam pada kulit manusia)

(Baca juga: Bila demam, ramai keliru terkena virus Covid-19 atau denggi, pakar dari dalam dan luar negara beri penjelasan&#8230)

(Baca juga: Belum habis Covid-19, mahasiswa di China diserang Norovirus pula)

5. Dysgeusia atau parageusia (Jumlah peratus: 15.9)
    Dysgeusia bermaksud lidah terasa sangat pahit sehingga selera makan berkurang. Definisi lain merujuk kepada gangguan rasa yang dikaitkan dengan persepsi yang berkekalan terhadap rasa metalik/logam dan seperti ‘tumpul’ di dalam mulut.
Berdasarkan kajian di Perancis yang bertajuk New Loss of Smell and Taste: Uncommon Symptoms in COVID-19 Patients in Nord Franche-Comte Cluster, France yang dimuatkan dalam International Journal of Infectious Diseases bulan Ogos lalu menyebut, gejala dysgeusia pada COVID-19 terjadi di Perancis pada Mac lalu. Ia hasil daripada 70 pesakit yang diteliti dan separuh daripada berdepan gejala itu.

 Covid-19: 7 gejala terbaharu babitkan gangguan saraf manusia berdasarkan kajian antarabangsa yang kita perlu tahu

6. Anosmia (Jumlah peratus: 11.4)
    Anosmia adalah merujuk kepada kehilangan rasa bau.
Dalam kajian yang dijalankan dengan kolaboratif antara penyelidik AS, Eropah, Belgium dan Itali pada Mac lalu yang berjudul Non-neuronal Expression of SARS-CoV-2 Entry Genes in the Olfactory System Suggests Mechanisms Underlying Covid-19-Associated Anosmia, anosmia pada Covid-19 bukan disebabkan oleh jangkitan virus SARS-CoV-2 pada saraf, melainkan pada sel pendukungnya (kerana tidak menyerang saraf olfactory (terletak pada hidung) secara langsung)

Iklan

7. Gejala lain (Jumlah peratus: 1.4 hingga 0.2)
     Gejala neurologi terakhir yang dilaporkan pada pesakit Covid-19 adalah gangguan pergerakan tubuh seperti strok, penurunan fungsi motor dan sensoric, ataxia (gangguan neurologi yang membuatkan seseorang sulit mengendalikan gerakan tubuh) termasuk kejang.

 Covid-19: 7 gejala terbaharu babitkan gangguan saraf manusia berdasarkan kajian antarabangsa yang kita perlu tahu
KITA jaga diri kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti kita dan kita jaga negara kita. Mengawal jangkitan COVID19 bukan hanya tanggungjawab kementerian, malah tanggungjawab sosial kita sosial bersama.

Semua kajian yang dijalankan, pasti ada asasnya dan menjadi panduan kepada kita. Kita perlu menghormati setiap penyelidikan yang dijalankan demi kepentingan kesihatan sejagat,

Dalam keadaan sekarang, sekiranya kita berasa tidak sedap badan, segera mendapatkan rawatan susulan. Jika kita tidak terkena jangkitan Covid-19, barangkali ada penyakit-penyakit lain yang bakal menjelma. Kita tidak tahu. Lebih baik mencegah daripada mengubati. #kitajagakita

Nota kaki: Kepada mereka yang pernah dijangkiti virus Covid-19, KKM minta anda semua menyertai penyelidikan perubatan bertajuk Kajian Membujur Tindakbalas Antibodi Neutralisasi Dalam Kalangan pesakit Covid-19 di Malaysia. Jangan lupa beri kerjasama ya. Terima kasih atas keprihatinan anda.

Foto: Unsplash & Pixabay