9 tahun tanggung kemelut emosi, Nor Nazia kongsi pengalaman peribadi

A
A
A

NOR NAZIA SUHAIMI, 31, antara wanita yang tidak segan mengakui dirinya mengalami kemurungan dan keresahan klinikal.

Namun, pada peringkat awal, beliau sering menolak hakikat sedang berdepan dengan krisis kesihatan itu.

"Sebenarnya, pada tahun 2012 iaitu ketika saya berusia 22 tahun, saya telah pun didiagnos dengan masalah depresi klinikal. Namun, pada waktu itu, saya langsung tidak mempedulikan 'kesakitan' yang tidak nampak," ujarnya yang menjadi tetamu dalam program Borak Bibir Merah yang disiarkan baru-baru ini.

Ibu kepada dua orang anak itu berkata, dalam tempoh tersebut, beliau tidak pernah mengambil berat langsung kesihatannya, apatah lagi mendapatkan rawatan lanjut termasuklah mengabaikan ubat-ubatan yang pernah diberikan.

"Saya meneruskan hidup seperti biasa. Namun lama-kelamaan, tanda-tanda kemurungan itu kian membimbangkan. Saya sama sekali tidak menyangka diagnosis awal beberapa tahun lalu telah mencetuskan beberapa masalah lain iaitu kemurungan, obsesif kompulsif dan kebimbangan yang melampau," ujarnya.

Nor Nazia mengakui, pada ketika itu, beliau pernah bertindak di luar kawalan. Antaranya menjirus anaknya dengan air sehingga kanak-kanak itu berhenti menangis.

"Beberapa kejadian yang telah berlaku telah membuka mata saya untuk 'menyerahkan diri' ke klinik kesihatan berhampiran. Saya sendiri tidak sangka, pada hari yang sama itu juga, saya terus dirujuk dengan pakar psikiatri di hospital. Mungkin itu petanda diri saya sudah parah," katanya yang masih dalam proses rawatan dan semakin beransur pulih.

Beritahu Nor Nazia, beliau bersyukur kerana suami, mak, ayah, adik beradik dan saudara terdekat sentiasa memberi sokongan padu dan membantunya membentuk semula diri.

Selain kerap bersenam yang menjadi salah satu terapi diri, wanita itu kerap memanfaatkan talian 15999 untuk berkongsi masalah yang dihadapi

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca