LEMANG menjadi juadah mesti ada pada hari raya. Makan dengan rendang, daging dendeng atau ayam masak merah memang ‘terangkat’!

Penyediaaan lemang lazimnya memakan masa. Membakarnya sahaja tujuh jam tidak termasuk proses merendam beras pulut dan mengisi ke dalam buluh. Kalau beli pula ada yang ‘terkeras’ dan kering.

Sekarang anda tak perlu lagi nak berpanas membakar lemang, boleh cuba resipi lemang DIY yang dikongsikan Nur Masri ini.

Baca juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu

Baca juga: Resipi Rendang Daging Minang ori dari Padang, Indonesia. Lebih padu, tak guna kerisik, tak perlu tumis, jom cuba

Baca juga: 5 petua elak ketupat nasi cepat rosak, tidak tahan lama

Elok kejadiannya!

“Buluh lemang tak ada, buat lemang cawan sahaja. Rasa ok sahaja lemang ni, macam ketupat palas pun ada kerama dikukus.

“Sebaiknya gunakan pulut susu memang lembut dan sedap,” katanya.

RESIPI LEMANG CAWAN KUKUS

Bahan- bahan

2 kg beras pulut susu (direndam air selama empat jam) [BELI DI SINI]
3 biji kelapa (ambil santannya)
Garam secukupnya [BELI DI SINI]
Daun pisang
Cawan kertas secukupnya [BELI DI SINI]

Cara penyediaan

1-Cuci pulut susu dan rendam selama sekurang-kurangnya empat jam.

2-Perah santan daripada kelapa dan campurkan dengan sedikit garam.

3-Alas cawan dengan daun pisang temasuk bahagian bawah untuk mengelakkan pulut melekat.

4-Isikan lima sudu besar beras pulut yang telah direndam ke dalam setiap cawan.

5-Tuangkan santan sekadar melepasi paras beras pulut.

Iklan

6-Susun cawan kertas di dalam periuk pengukus.

7-Kukus selama satu jam setengah.

8-Apabila siap, daun pisang bahagian atasnya lipat ke bawah. Tekan permukaan pulut agar rata.

Iklan

9-Sejukkan dahulu sebelum koyakkan cawan untuk dihidang.

10-Siap! Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Nur Masri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!