RENTETAN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang memberi kesan besar kepada para peniaga lokal, syarikat teknologi kewangan, Revenue Monster memperkenalkan perkhidmatan a la carte.

Perkhidmatan a la carte Revenue Monster antara lain membolehkan para peniaga mempromosi, menjual dan menyelesaikan transaksi secara dalam talian dengan Mr. Speedy dan Grab Express sebagai pilihan penghantaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Monster, Amanda Chin berkata, sepanjang tempoh PKP awal Mac lalu, lebih 4,500 perniagaan terpaksa ditutup sehingga menyebabkan pendapatan banyak pihak terjejas teruk.

“Dengan menggunakan kepakaran teknologi, kami berhasrat mengurangkan kekusutan para peniaga dengan mempermudah perniagaan mereka secara dalam talian iaitu dengan a la carte,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Menariknya, para peniaga yang menggunakan a la carte tidak dikenakan sebarang komisen atau bayaran, yuran langganan, pengendalian dan perkhidmatan.

À la carte kini tersedia di seluruh negara dan boleh digunakan oleh lebih 5,000 peniaga.

Iklan

Untuk maklumat lanjut bagaimana menggunakan perkhidmatan tersebut, layari www.revenuemonster.my.