SIAPA ‘layan’ drama ‘Aku Tanpa Cintamu’ pasti kenal dengan watak Adam yang membuatkan ramai penonton rasa geram dan marah. Watak Adam yang dibawakan oleh pelakon serba boleh, Zamarul Hisham ini sebenarnya memang wujud dalam dunia realiti dan bukan sekadar lakonan.

Tahukah anda bahawa situasi Adam sebenarnya mengalami gejala narcisstic personality disorder (NPD) atau gangguan personaliti narsistik (taasub pada diri sendiri)?

Individu dengan gejala  gangguan personaliti narsistik ini biasanya sering mengalami masalah hubungan dengan orang lain.

Menurut Public Health Malaysia, kajian menunjukkan individu yang memiliki personaliti narsistik lebih berisiko untuk mendapat masalah keresahan (anxiety), masalah mood dan penyalahgunaan dadah.

Baca juga: Bila orang luah perasaan, jangan bagi nasihat lagi…lakukan ini dulu

Kredit foto: Instagram Zamarul Hisham

Tingkah laku individu yang memiliki sikap narsistik juga sering gagal dalam perhubungan intim, kekeluargaan dan profesyen.

Berikut ialah ciri-ciri individu yang mengalami gangguan personaliti narsistik:

1. Berasa diri sendiri lebih penting.

2. Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain.

3. Menganggap diri mereka adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja. Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain.

4. Rasa mempunyai hak atau berhak ke atas sesuatu walaupun hakikatnya tidak mempunyai hak ke atas sesuatu.

5. Tergamak untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi.

6. Kurang memahami individu lain, kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau situasi yang dilalui individu lain.

7. Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain.

8. Ingin diiktiraf atau dikenali ramai.

9. Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain.

10.Mengawal perbualan dan sering kali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya

Baca juga: ‘Chup’ parkir seolah tinggal di kondominium, warga maya kecewa sikap pentingkan diri penduduk PPR

Kredit foto: Instagram Zamarul Hisham

Kelemahan individu yang mengalami gangguan personaliti narsistik ialah seperti berikut:

Iklan

1. Mudah berasa tersinggung jika tidak melibatkan dirinya dalam sesuatu perkara.
2. Sukar mengawal emosi dan perasaan.
3. Sukar menerima kritikan daripada orang lain mengenai dirinya.
4. Kerap berasa tidak selamat atau ‘insecure’ terhadap sebarang perkara yang boleh merendahkan dirinya.

Tip menghadapi golongan yang mengalami gangguan personaliti narsistik:

1.Ahli keluarga yang terdekat perlu memberi sokongan pada individu yang mengalami mereka, jangan biarkan mereka bersendirian.

2.Beri galakkan untuk mengikuti kelas meditasi dan yoga untuk mengurangkan stres.

3.Libatkan mereka dengan aktiviti sosial.

4.Segera membawa mereka berjumpa dengan doktor jika sudah mula menyakiti diri sendiri dan orang lain.

Kebanyakan individu yang mengalami gangguan emosi ini tidak menganggap bahawa diri mereka sedang mempunyai masalah atau gangguan tersebut dan tidak mendapatkan rawatan, pertolongan daripada pakar psikologi atau mendapatkan khidmat kaunseling.

Iklan

Jika anda atau orang yang dikenali mengalami gangguan ini, segera dapatkan bantuan profesional bagi mengurangkan atau mengawal gangguan ini daripada menjadi lebih serius.

Baca juga: Kenali tanda 5 jenis kemurungan wanita, bukan efek emosi saja, fizikal turut terjejas

Kredit: Jannah Ithnin, Public Health Malaysia

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.