MAJORITI daripada rakyat Malaysia tidak kira golongan dewasa waima kanak-kanak sekalipun memang gemar meneguk air bergas atau berkarbonat pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi pada musim perayaan Aidilfitri.

Kata mereka, minuman tersebut lebih mendatangkan kepuasan lebih-lebih jika dibubuh ais.

Namun demikian, SinarPlus mempunyai alasan yang kukuh untuk anda menyahkan tabiat buruk tersebut.

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Pegawai Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Er Ying Ting berkata, implikasi meneguk air jenis itu tidak bagus untuk kesihatan.

Jelas Yin Ting, minuman berkarbonat merupakan air yang dimasukkan dengan gas karbon dioksida dalam tekanan yang tinggi.

“Kebiasaannya ia mengandungi air, pemanis dan perasa semula jadi atau tiruan. Pemanisnya boleh terdiri daripada gula, sirap jagung fruktosa tinggi, jus buah dan pengganti gula seperti pemanis tiruan,” ujarnya.

Selain itu, ia juga mungkin mengandungi kafein, pewarna, bahan pengawet dan bahan-bahan lain.

Ujar pegawai dietetik itu lagi, merujuk data Kementerian Kesihatan Malaysia, minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga tujuh sudu teh gula di dalam setiap hidangan bersaiz 320 mililiter (ml) dan dianggarkan membekalkan tenaga sebanyak 120 hingga 140 kalori.

SUMBER Suzy Hazelwood daripada PEXELS.

Sehubungan itu, kata Yin Ting, setiap individu disyorkan mengurangkan pengambilan gula setiap hari dengan tidak melebihi sebanyak 10 peratus daripada jumlah pengambilan tenaga.

“Ini bermakna, jika seseorang mengambil air bergas secara berlebihan, ia secara langsung menyebabkan pengambilan tenaga yang berlebihan kerana kandungan gulanya yang tinggi.

“Dalam jangka masa panjang, peningkatkan berat badan akan berlaku sehingga boleh mencetuskan masalah obesiti,“ katanya.

Air bergas vs isotonik

Apa perbezaan di antara minuman bergas dan isotonik? Menjawab persoalan itu, Yin Ting berkata, air isotonik mengandungi gabungan air, gula dan elektrolit yang sesuai untuk sistem hidrasi badan manusia.

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Ia dikenali sebagai minuman sukan kerana selalu diminum oleh atlet bagi membantu menggantikan air dan tenaga dengan pantas selepas bersukan atau melakukan aktiviti fizikal.

Secara amnya, kata beliau, minuman sukan isotonik mengandungi antara empat hingga enam sudu teh gula.

Baca juga: Selain diabetes, ada 10 lagi akibat minuman berkarbonat ramai tak sedar

Baca juga: Teh panas elok diminum ketika cuaca terik? Ini makanan & minuman terbaik penghilang dahaga

Iklan

Dalam pada itu, laman web perubatan, Hellodoktor berkata, pengambilan sumber karbohidrat daripada minuman isotonik bergantung kepada tempoh masa aktiviti fizikal yang dilakukan.

Lebih lama beraktiviti, lebih banyak minuman sukan itu perlu diminum.

Berdasarkan kajian sahih, dalam jangka masa satu hingga dua jam, sebanyak 473ml (bersamaan 30 gram karbohidrat) air isotonik diperlukan.

Dalam penulisan sama, Hellodoktor berkata, meskipun minuman jenis itu dikatakan dapat menggantikan cecair di dalam badan, tetapi ia tidak digalakkan untuk diminum pada setiap hari.

SUMBER Allan Mas daripada PEXELS.
SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

“Ini kerana kandungan gula dan natrium dalam minuman isotonik cukup tinggi, sekali gus akan menyebabkan kenaikan berat badan dan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

“Bukan itu sahaja, ia juga boleh memburukkan lagi prestasi buah pinggang,” kata mereka.

Iklan

Pun demikian, air berkenaan sesuai diminum jika seseorang terlibat dengan aktiviti berintensiti tinggi yang memerlukan penggunaan tenaga secara berterusan sahaja.

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Berdasarkan kesemua pandangan, air putih disifatkan sebagai minuman terbaik untuk kesihatan.

Bukan sahaja bebas lemak, mencerdaskan otak, mengelak hidrasi, baik untuk jantung, malah satu pilihan ideal untuk tampil cantik dan bikin seseorang awet muda.-SITI FARAH ELIANI SOLLEH

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.