Air detoks rahsia tubuh wanita segar bugar, cantik luaran dan dalaman

A
A
A

AIR detoks sering disyorkan dalam program diet kerana minuman ini rendah kalori. Sebagai salah satu minuman terbaik untuk diet, ia juga berfungsi untuk membuang toksin dalam badan.

Bagi mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan, air detoks sangat elok diamalkan bagi melengkapkan program diet. Ia  adalah air yang telah menggunakan ramuan dan perisa buah-buahan segar, sayur-sayuran dan rempah ratus.

Baca juga: Air detoks bantu elak minuman manis, bukan jalan singkat untuk kurus

Cara menyediakannya juga amat mudah. Anda boleh menggunakan apa sahaja kombinasi buah-buahan, sayur-sayuran atau herba. Selain membantu menurunkan berat badan, air detoks juga memberikan manfaat untuk kecantikan dalaman dan juga luaran.

Baca juga: Tiga jenis resipi jus detoks epal

Pengguna Facebook, Afy Al Habibi telah berkongsi resipi air detoks yang diamalkannya. Menurutnya, air berkenaan tersebut menjadikan tubuh segar dan bertenaga.

air yang digelar ‘air detoks cantik’ memberi manfaat kesihatan di samping mencantikkan luaran dan dalaman.

AIR DETOKS CANTIK

Bahan-bahan:

1 cawan air panas

1 uncang teh (lebih elok dan sedap jenama Ahmad Tea) (BELI DI SINI)

1 hiris lemon(BELI DI SINI)

2 hingga 4 kuntum bunga kekwa (cuci air sebelum guna) (BELI DI SINI)

1/2 sudu teh madu asli (opsyenal- letak lepas air sudah mula suam) (BELI DI SINI)

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan di atas dalam satu gelas. Perah sehiris lemon.

2. Biarkan bunga kekwa kembang seketika. Selepas air rendaman menjadi suam-suam kuku, masukkan madu asli.

3. Untuk kesan yang efektif, minum ketika masih suam.

NOTA: Jangan buang kekwa yang direndam. Anda boleh makan sambil mengunyahnya!

Khasiat bunga kekwa:

- Mengandungi vitamin A dan C. Kedua-dua vitamin ini penting untuk sistem kekebalan tubuh.

- Mengandungi antibiotik yang berpotensi untuk melawan beberapa jenis bakteria, seperti staphylococcus dan streptokokus.

- Membantu menyejukkan badan.

- Melancarkan peredaran darah.

- Menjadikan kulit wajah jadi lebih berseri.

- Meningkatkan kesihatan mata.

- Mencegah osteoporosis. Kandungan mineral dalam bunga kekwa berrmanfaat untuk kesihatan tulang.

Baca juga: Turunkan berat badan, cantikkan kulit. Ini 12 khasiat lobak putih

Sumber: Afy Al Habibi

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca