ALBA tampil enam model jam tangan eksklusif hanya di Malaysia. Lebih stail, keluli tahan karat dengan pilihan pelbagai warna

JENAMA jam dari Jepun, ALBA baru-baru ini melancarkan koleksi terbaharu enam utas jam tangannya yang hanya tersedia di negara ini.

Pengarah Urusan Thong Sia Group, William Hui berkata, model-model eksklusif itu terdiri daripada AL4529X1, AL4531X1, AL4527X1, AL4525X1, AL4533X1 dan AL4535X1.

“Inovasi baharu itu dijangka bakal menambat hati para peminat jam tangan label ini kerana ia dilengkapi dengan pergelangan keluli tahan karat dan strap silikon hitam. Selain pilihan warna biru muda, terdapat seleksi rona lain seperti hijau gelap dan sunray hitam separa matte,“ katanya ketika ditemui semasa pelancaran koleksi ALBA 2023 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selebriti kacak dan berkebolehan, Sean Lee dilantik sebagai duta baharu mereka.
Serentak dengan itu, ALBA menghidupkan lagi gaya kontemporari dengan memperkenalkan koleksi SIGNA kronograf AT3J09X1 untuk lelaki dan AH7BP6X1 (wanita).

Mengambil ilham daripada budaya popular Jepun, AT3J09X1 didatangkan dengan dial hitam dan biru yang menyerlahkan gaya maskulin dan mewakili semangat perwira samurai.

BACA JUGA: ICE Clear Sunset, jam tangan terbaharu yang elegan, dilengkapi bingkai kristal. Paling penting tahan lasak

BACA JUGA: Tampil chic, elegan dan mewah dengan sepatu, skarf dan jam tangan eksklusif daripada Carlo Rino

Iklan

“Sementara itu, AH7BP6X1 melambangkan keanggunan dan sentuhan elegan khusus untuk wanita moden melalui inspirasi sulaman sashiko, sejenis jahitan hiasan dari Jepun dan budaya kabuki, sejenis teater Jepun,“ katanya.

Iklan

Kepada peminat jam mekanikal, ALBA Mechanical AL4453X1 telah direka khas untuk warga kota yang sentiasa mendambakan kecemerlangan dalam kehidupan seharian mereka.

Untuk keterangan lanjut, layari www.thongsia.com.my atau di laman Facebook dan Instagram ALBA.