TEKANAN darah tinggi atau Hypertensi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.

Penyakit darah tinggi bukan penyakit orang tua.

Golongan muda seawal remaja juga berisiko menghidap darah tinggi kerana perubahan gaya hidup.

Mereka yang kerap mengambil makanan segera dan kurang bersenam merupakan amalan gaya hidup tidak sihat.

Penyebab hypertensi ini selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.

Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh penyakit buah pinggang, ubatan seperti steroid, ubat antiradang  bukan steroid, faktor keturunan dan pengambilan alkohol serta merokok.

Ia juga meningkatkan risiko komplikasi hypertensi termasuk penyakit jantung dan strok atau angin ahmar.

Baca juga Vaksin komposisi kimia paling selamat digunakan berbanding ubatan lain

Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.

Kadang-kadang pesakit hanya mengalami tanda-tanda seperti pening atau sakit kepala.

Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan ke atas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan.

Jenis kerosakan juga bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

Iklan

Peningkatan mendadak tekanan darah boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera.

Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-

  • Jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
  • Pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
  • Buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
  • Mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
  • Otak- strok atau angin ahmar

Amalan makan suku suku separuh boleh susut berat badan, kawal tekanan darah

Iklan

Namun, semua komplikasi di atas dapat dicegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

Selain itu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), petua kawal tekanan darah yang berkesan adalah;

1. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

2. Mengurangkan berat badan.

3. Amalkan pemakanan sihat #sukusukuseparuh.

Amalan makan suku suku separuh boleh susut berat badan, kawal tekanan darah

4. Berhenti dan tidak merokok atau e-rokok.

5. Kurangkan pengambilan garam kepada 1 paras sudu teh sehari.

6. Hadkan atau elakkan pengambilan minuman beralkohol.

7. Mengurangkan tekanan atau stres.

8. Dapatkan tidur berkualiti.

Jadi, korang periksalah tekanan darah secara berkala di klinik kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan korang tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.

Amalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan yang berkualiti.