Anak baru 11 tahun dah rancang masa depan, Diana Danielle akui sedih. "normal ke untuk kita mula rasa begini?"

No Image Caption
A
A
A

SIAPA sangka anak yang dahulunya sekecil tangan kita sekelip mata dah meningkat remaja. Menjadi dilema seorang ibu untuk menerima hakikat si kecil yang ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah ada perancangan masa depan sendiri. Terutama anak sulung ibu ayah yang sama-sama ada sepanjang masa jatuh bangun mereka suatu Ketika dahulu.

Itulah yang dirasai oleh pelakon dan penyanyi, Diana Danielle yang mengakui dirinya berasa sedih apabila memikirkan anak-anak makin membesar dan meningkat remaja.

Malah, beliau tidak menyangka anak lelaki sulungnya iaitu Muhammad sudah merancang masa depannya.

"Ibu-ibu yang ada anak umur 10 tahun ke atas, saya nak tanya adakah normal untuk kita mula rasa sedih sebab membayangkan lagi berapa tahun je mereka akan sampai satu tahap di mana dia akan mahukan sepenuh kebebasan dan berdikari.

"Dia nak duduk sendiri, belajar jauh-jauh. Anak lelaki saya pula sejenis yang daripada sekarang dah rancang. Muhammad nanti dah besar nak belajar dekat sini, nak buat itu, nak buat ini. Bila dengar dia merancang tu rasa macam besar dah," katanya dalam satu perkongsian di TikTok miliknya.

Tambahnya, masa bersama tidak akan sama lagi seperti sewaktu anak-anak masih kecil kerana mereka sudah memiliki kehidupan sendiri.

No Image Caption

"Masa dia kecil kita minta cepatlah besar, bila dah besar (rasa sebaliknya). Waktu yang dia duduk dengan kita ni dari kecil sampai remaja ni adalah paling banyak masa yang dia luangkan dengan kita.

"Lepas tu bila dah besar nanti, dia besarlah. Dia nak datang, tak nak datang tu terpulang lah kepada dia berapa banyak masa nak luangkan dengan ibu bapa. Sama ada mereka nak hubungi kita atau tidak, kita dah tak ada kuasa. Hanya mengharapkan hubungan baik dengan anak-anak kita supaya mereka pun rasa rindu dengan kita, rasa senang untuk nak balik jumpa kita. Dan semoga dapat menjaga kita," jelasnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, Diana turut meminta penjelasan daripada para ibu sama ada mereka mempunyai persoalan yang sama.

"Saya dah mula sedih walaupun dia hanya baru berumur 11 tahun. Ke sebab saya sejenis overthinking yang bersiap sedia dari sekarang? Ada kemungkinan juga. Jadi tolong beri pencerahan kepada saya," soal Diana.

Terdahulu, Diana mendirikan rumah tangga dengan aktor dan pengarah, Farid Kamil pada 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang